Dua Alam [Siri 3]

Secret Recipe cafe,Ampang.

“Umar…Kak Zakiah nak mintak tolong sikit nih ..boleh ak?”,pinta Zakiah.

“Oh..boleh-boleh,tak dak masalah…kenapa kak?” Umar membalas sambil membetulkan topi dikepalanya.

“Camni…rumah yang akak tinggal sekali dengan Sofea tu cam berhantu lah Umar..,kekadang bila malam mula lah seram sejuk..,pastu ada gak kena kacau..”Zakiah menjelaskn situasi.

“Betul tu!!”sergah Sofea.

“Umar…semalam saya pun kena kacau gak..masa nak tidur mesti rasa dihimpit-himpit lah..camna tu??” Sofea terkebil-kebil.

“Hmm…Kak Zakiah ngan Sofea ada pernah nampak dak kelibat bayang ka yang suka melintas-lintas.?”soal Umar.

“Uh…ada-ada, kerap jugak,tambah-tambah kalau dah memang larut malam…”jawab Zakiah.

“Hmm…camni lah.. Nanti saya tulis ayat quran,pastu tampalkan di pintu bilik Kak dan Sofea…ya..”

“Baik-baik,waktu balik nanti Umar bagi ya…” Sofea mencebik.

Semua menyambung tugas masing-masing untuk menyambut pelanggan yang akan menyerang di waktu rehat pejabat nanti.

Wanita aneh itu datang lagi,seperti kebiasaan menu yang dipesan ialah salad dan ice blended berperisa blueberry. Umar memerhatikan gerak- geri wanita itu tanpa dia sedari Sofea turut memerhatikan kelakuannya.

Dia ingin benar mengenali wanita tersebut tetapi sehingga sekarang profile wanita itu masih menjadi persoalan yang bermain di kotak fikirannya.

“Umar tengok siapa tadi?” tanya Sofea mendapatkan kepastian.

“Tak adalah..”jawabnya ringkas tanpa sekat.

“Lah…cakaplah..Sofea tengok Umar selalu perhatikan perempuan pakai tudung biru tadi..,ada apa-apa ya?” Sofea mula mengesyak.

“Mana ada…Nah..ini ayat yang saya tulis,nanti tampal dalam bilik ya…” Umar menghulur sehelai kertas yang dtulis ayat suci al-quran.

“Ini ayat pendinding..jangan sekadar lekat ja..tapi kna hafal dan hayati makna disebaliknya..baru mujarab..” pesannya lagi.

Sofea mengangguk tanda faham.

Umar terus minta diri untuk segera pulang ke rumah kerana jam hampir menunjukkan jam 7.15 malam.

                                     *********************************

Blok E,Apartment MPPJ.
12.30 pm

“Kak..ini hah ayat yang Umar bagi tadi..” Sofea berjalan menuju ke arah dapur. Sekujur tubuh sedang berada di sinki dapur.

“Kak…o..kak..” Sofea memekik.

Tiada sebarang jawapan terpancul daripada mulut Zakiah,jasad tubuhnya kaku diam seribu bahasa. Gerak tangannya sahaja longlai bermain titisan air menggunakan hujung jari telunjuk.Sofea menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal melihat gelagat aneh senior serumahnya itu. Sofea semakin mendekati Zakiah, terasa bahang pelik daripada badan wanita itu,Sofea terus mengapai tangan menepuk bahu Zakiah.

“Kak….”ucap Sofea melirit.

Tanpa diduga,jasad dipegang Sofea itu terus melompat tinggi,tinggi melepasi siling rumah,terus ghaib.
Sofea tercegang melihat kejadian yang langsung tidak diduganya itu,matanya terbeliak,badannya keras,urat kakinya menjadi kejang dan lemah secara tiba-tiba,seluruh badannya menjadi longlai,kelopak mata perlahan–lahan menutup bebola matanya. Semakin kelam,semakin gelap,alam semesta terus lenyap dari pandangan matanya.
                                                 

Tangannya meraba-raba tanpa dia ketahui apa yang berlaku.Terasa butiran pasir kasar di sekeliling jasadnya.

“Dimanakah aku?” Sofea bermonolog.

Matanya dibuka perlahan-lahan walaupun sangat berat.Awan gelap menghiasi jangkauan bola matanya,desiran ombak menjentik telinga halusnya,Sofea binkas bangun. Kejutan kedua menyanggah dirinya lagi,dia sekarang berada di pesisir pantai yang dia pun tidak ketahuai lokasinya. Wajah putihnya menjadi pucat secara tiba-tiba,dia melihat sekeliling,tiada sesiapa,hanya dia keseorangan di pantai yang serba luas itu,dihadapannya terbentang laut seluas mata memandang.

Sofea terduduk sekali lagi,kakinya dirapatkan ke badan,serta dipaut dengan kedua-dua tangan halusnya.

“Aku kat mana nih?”sejalur titisan air melinangi pipinya.
“Mana semua orang,aku takut…”..jerit batinnya.

Tiba-tiba,ada sesuatu mendakap badan Sofea,dia terkejut,lembaga itu terus menarik badannya ke gigi air,terus menariknya ketengah laut.Sofea lemas,tangannya mengapai-gapai diharapkan ada sesuatu yang boleh dicapai.Dia pusing apa yang telah terjadi pada dirinya.Kenapa semua ini berlaku.

Dia berteriak lagi..Siapa yang ingin mendengar jeritannya..Adakah semuanya hanya sia-sia belaka.

“Kita ada Allah,walau tidak ada sapa-sapa yang mendengar kata-kata kita,tapi ingatlah Allah amat hamper dengan kita..”kata-kata Umar menerjah kotak fikiranya.

“Ya Allah……”jerit Sofea.

Tangannya disambut,digengam erat,badannya ditarik daripada air yang mengelapkan itu.

Harapannya pulih.

“Sofea…Sofea…bangun…bangun…” terdengar suara Zakiah sayup-sayup.

Matanya dibuka luas-luas,terlihat ramai orang di sekelilingnya.

Zakiah di hadapannya, Hafiz disebelahnya, Umar ada disamping kirinya sambil memejam mata,dahinya berpeluh.

“Syukurlah Sofea dah sedar…”ucap Zakiah sambil mengurut dada.

“Apa yang jadi kat saya kak?” Tanya Sofea yang masih lemah.

“Hmm..tak pastilah Sofea,pagi tadi sebelum nak ke kerja,kakak tengok kamu terbaring dah kat dapur,terkejut kakak,hampir setengah hari kamu pengsan,risau akak,tu yang akak telfon Umar ni kot-kot boleh bantu..dia kata kamu terkena gangguan semalam..”
“Saya tak ingat apa-apa langsung..yang saya ingat saya mimpi lemas dalam laut,pastu ada orang tarik tangan saya..” Sofea seperti kebingungan.

Zakiah dan Hafiz masing-masing terkejut. Sebelum Sofea tersedar Umar mengatakan Sofea terkena sampukan jin air kemudian Umar terus ke bilik air dan mengambil satu baldi yang diisi air. Umar membaca potongan ayat suci al-quran dan mencelupkan tangannya ke dalam baldi tersebut sambil memejam mata.Tidak lama daripada itu Sofea terus tersedar.

“Kenapa kak?”soal Sofea.

“Tidak ada apa-apa,kamu rehat dulu,nanti akak ceritakan.” Zakiah menengangkan Sofea yang masih belum pulih sepenuhnya.

“Saya pulang dululah ya kak,dah nak maghrib ni…”kata Umar.

                                                   *********************************
Secret Recipe ,Ampang.

“Terima kasih ya Umar”sergah Sofea dari belakang.

Umar terperanjat,lantas dikawalnya balik posisi postur tubuhnya.

“Hisy…kamu ni Sofea..jangan lah buat camni,malulah saya..”keluh Umar atas tindakan Sofea sebentar tadi.

“Ah..maaf lah…tima kasih banyak ya bantu saya semalam..”

“Ya lah..kamu  jangan balik rumah lewat-lewat sangat,kamu tu perempuan,mudah masuk angin..”kata Umar memberi nasihat.

“Masuk angin?apa tu?”soal Sofea.

“Masuk angin tu,mudah kena gangguan sebab perempuan ni lemah dari zahir dan batinnya....,faham dak?”ulas Umar.

“Ok-ok,Faham..hehe..” Sofea mencebik.

Umar terus mencapai kerusi besi di meja bersebelahan kaunter dan melabuhkan punggungnya.Sambil termenung dia berfikir panjang,bayangan wanita bertudung itu sering menari-nari di kotak imaginasinya.Dia seakan-akan mengenali rapat wanita tersebut,meneliti raut wajah bersih,putih kemerah-merahan,mata  bundarnya menjelaskan kejernihan jiwanya, jelas terpancar kesuciaan wajah mulusnya,kulitnya sehalus belaiaan sutera china,senyuman manis digoreskan menenangkan,kelembutan langkah tubuhnya menyenangkan hati, jari-jarinya halus lembut membelai angin longlai,patah bicaranya luntur membawa secebis ketenangan melihatnya.

Umar terus hanyut dalam lamunannya.

“Umar.!!.”sergah Hafiz.

Terkejut Umar dibuatnya.
“Tidur pulak dia..jom balik..”ucap Hafiz.

“Baik2,jom balik..”Umar menyambung sambil mengosok-gosok mata.

                                              *******************************

Kampung Beringin

“Kan sudahku katakan..dia orang luar..aku tidak pernah melihat wajahnya di kampung ini..”bisik Anum kepada Seri.

“Mana aku tahu Anum..mungkin dia tersesat disini agaknya..”Seri meningkah.

Samir mendengar sayup-sayup suara bisikan dua orang gadis yang betul-betul berada di sebelahnya tanpa dia mengenali siapa mereka. Dia  membuka mata bulatnya perlahan-lahan,dia melihat wajah gadis di hadapan mukanya, Samir bingkas bangun.Kedua-dua gadis itu terkejut lalu tercampak ke tepi,lalu terus lari meninggalkan Samir terpingga-pingga.

“Isy..kat mana pulak aku ni?”cetus hati kecilnya. Samir bangun berdiri dan mengkibas-kibas bajunya penuh dengan debu akibat pembaringan tubuh atas tanah.

“Kat mana nih..”dia bermonolog lagi sambil meninjau-ninjau sekeliling tempat berdirinya.

Pokok-pokok kayu tinggi menjulang,dedaunan melambai-lambai mesra menghalangi panahan sinar terik sang suria,angin sepoi membidas muka.

Tiba –tiba ngauman Sang Belang singgah di cuping telinganya.Tidak semena-mena,seekor Harimau menerkamnya dari belakang,kuku tajam Sang Belang mencucuk bahu Samir,tanpa diketahuai kekuatan yang datang dari mana,Samir menghempas Harimau tersebut ke hadapan,Harimau tersebut tersungkur menyembah bumi.

Samir membetulkan postur tubuhnya.Dia mengenggam tangannya membentuk buku lima,dia merasakan tenaga luarbiasa yang menyeliputi tubuh kasarnya.
Sang Belang tidak sama mengalah,badan berbelang hitamnya dinaikkan perlahan-perlahan,mukanya membengis,dengusan nafasnya kencang bak didihan air,anak matanya mengecilnya menandakan fokusnya kini hanya pada jasad Samir yang berdiri gagah dihadapannya.

Kedua-dua saling menapak menghampiri satu sama lain,Samir mendepakan tangannya menandakan dia sudah bersedia untuk bertempur dengan harimau puaka itu.

Sang Belang memulakan langkah menerkam Samir,kuku tajamnya menghayun di depan muka Samir,daya ransangan Samir lebih pantas,dia megelak sepantas kilat,genggaman buku lima yang disimpan dirusuk dilepaskan sepadu mungkin ke raha perut Sang Belang,seketika, tendangan silang dilibas ke belakang harimau itu,kesemua aksi berlaku dalam sekelip mata.

Sang belang terpelanting jauh dan tersungkur lalu terus ghaib dengan kepulan asap putih.Samir berlari kearah kepulan tersebut untuk mencari Sang Belang,malangnya kelibat harimau puaka it terus hilang.Umar menjadi binggung.

“Saudara tak apa-apa?”terdengar suara gadis di belakangnya.

Samir memalingkan tubuhnya,ternyata dua orang gadis berdiri tegak betul dibelakangnya.

“Ya2,aku baik saja…”ucapnya ringkas.

“Kami mintak maaf,sebab meninggalkan saudara sebentar tadi,kerna kami melihat harimau puaka itu berada betul-betul dua depa dari kita bertiga tadi,nasib baik,saudara ada menyelamatkan kami,terima kasih ya…”Seri memberi penjelasan.

Samir  tidak memberikan sebarang respon malah dia meninjau di kawasan tempat dia berdirinya.

“Aku kat mana sekarang,dan siapa kamu berdua..?” Tanya Samir.

Seri dan Anum saling berpandangan.

“Barangkali saudara sesat di sini,ini Kampung Beringin,saya Anum,ini Seri,anak Ketua kampong ini..”jawab Anum dengan yakin.

                                                     *******************************

Umar membuka matanya,dia meraba-raba disekeliling badannya.

“Ah…,astaghfirullahal a’zim…mimpi rupanya..masyaallah..”Umar mengesat peluh di dahinya.Dia menjeling kearah jam tangan,jam menunjukkan jam 2.30 pagi.
Umar bingkas bangun dari tempat tidurnya yang empuk,tidak dinafikan amat sukar untuk melawan nafsu meninggalkan tidur yang lena ketika waktu sebegini,tapi dia tetap menggagahkan dirinya untuk bertemu tuhan di waktu dimana semua makhluk masih hanyut diulik mimpi indah.

Pili air dibuka,aliran air yang kedinginan menyentuh kulit membuatkan badannya tiba-tiba terketar. Wuduk diambil lantas mengerjakan solat sunnat tahajud dua rakaat bersambung denagn  solat witir sebanyak tiga rakaat.Di sujud terakhirnya ,dia memanjangkan doa agar diampunkan segala dosa yang telah lau,dosa kedua ibu bapanya,dijauhkan dari api neraka,dijaukan dari fitnah dunia,dilimpahi rezeki yang mencurah dan diberikan isteri solehah dan zuriat yang baik-baik.Tanpa disedari,aliran air mata membasahi pipinya,mengenangkan dosa dan kesalahan yang telah dilakukan kepada Rabba Jalla wa A’la,merasakan sangat terhina di sisi tuhan dan amat berharap setiap langkah hidupnya sentiasa dibawah rahmatnya Allah.

                                                             ******************************

Hari Sabtu merupakan hari berehat panjang untuk orang bekerja seperti Umar,tapi pada kesempatan inilah dia mengambil peluang untuk menghadiri majlis-majlis ilmu tidak kira samada jauh mahupun dekat.Sudah hamper lima tahun dia meninggalkan alam persekolahan,dan sejak itulah dia berusaha untuk mengejar majlis ilmu agama yang disampaikan oleh para a’lim-ulama,tuan-tuan guru,mahupun ustaz-ustaz yang melimpahkan ilmu agama.Inilah cara hidupnya.

“Kecintaan yang sejati ialah kepada Allah,dan untuk mencapainya kita kena hadiri dan dekati ilmu dan ulama”pesan mursyidnya terlintas di kotak fikiran.Umar senyum seketika.

“Hafiz…nak ikut aku dak,pagi ini ada majlis dengan Syeikh Zainul Asri di Masjid Muaz Jabal kat Setiawangsa…”teriak Umar memangil kawannya yang berada di dapur sambil membetulkan butang baju raihan  unggu nya.

“Tak kot Umar..japgi aku nak pegi pejabat pos..nak bayar duit elektrik..”teriak Hafiz membalas.

“Baik-baik…”Umar terus mencapai helmet Givi terus ke luar rumah mendapatkan motosikalnya.
Belum sempat menghidupkan enjin,telefonnya berbunyi,terpapar nama Sofea di papan sUmarn telefonnya.
Umar mengangkat panggilan telefon.

“Umar…datang rumah Sofea cepat..ada something berlaku..”panggilan terus mati.


                                       ******************************
  Blok E,Apartment MPPJ

“Assalamualaikum..”Umar mengetuk pintu.

Sofea terus tercegat di hadapan pintu dan menyambut Umar dengan tergesa-gesa.

“Umar…tadi ada sesuatu menganggu Sofea dalam bilik..Sofea takut,semalam jadi jugak..”Sofea memberi penjelasan.

“Jadi..ada apa-apa ka yang boleh saya tolong…?”Tanya Umar yang masih di muka pintu rumah.

“Lah…Sofea telfon Umar,nak minta Umar tolong bacakan apa-apa ayat untuk bersihkan bilik Sofea..”sambungnya.

“Hmm…ada siapa lagi di rumah?”Umar menyoal.

“Hmm…ada-ada,Kak Zakiah masih tidur di biliknya..,Umar masuk dulu..,nanti Sofea bawakan air untuk air jampi ya..”

Umar menarik nafas lega kerana dia tidak bersendirian dengan seorang wanita dalam satu rumah kerna dia khuatir akan menimbulkan fitnah,sementara dia masih berasa bersalah kerna terlepas,majlis pengajian dengan syeikh pagi ini,tapi apa pun dia bercadang menyempurnakan tanggungjawabnya dan terus ke majlis.

Umar melabuhkan punggungnya di atas sofa menanti panggilan dari Sofea.Nampak Sofea datang daripada dapur dengan membawa semangkuk air.

“Umar boleh ikut Sofea..Sofea tunjukkan bilik Sofea..”Sofea berjalan di hadapan dan diikuti oleh Umar dibelakang. Umar merendahkan pandangan matanya.

Sampai dimuka pintu biliknya Sofea,Umar memejam kedua-dua belah matanya, memasang deria batin untuk merasai sebarang tenaga lain.Dia membuka mata memandang di setiap penjuru bilik,dinampaknya gambar-gambar kucing bergantungan di dinding bilik.Umar memalingkan mukanya kepada Sofea

“Bilik ni tak ada apa-apa pun,cuma…nanti buangkan gambar-gambar pelik tu..,puak-puak jin ni suka duk dalam gambar-gambar camtu..”jelas Umar.

“Yeke….,baik lah..nanti Sofea buangkan..”jawabSofea.Mata Sofea merenung mata Umar tersipu-sipu.

Umar mengambil air yang dibawakan Sofea untuk dijampikan.

Sedang mulutnya berkumat-kamit membaca doa,telefonnya bordering,Umar memberhentikan bacaannya dan terus dia  mengangkat.

“Umar,kamu kat mana sekarang,Kak kat kedai ni..,kak nak minta tolong sikit..”Umar terkejut dengan pernyataan Zakiah.

“Kak kat kedai?..tapi..Sofea kata..”jawab Umar melirit.

Tiba-tiba Sofea terus memeluk tubuh Umar dari belakang.Umar tersentak.Telefon dipegangnya jatuh serta merta.

“Umar…Sofea betul-betul sayangkan Umar…”patah kata keluar dari mulut Sofea sedang mendakap badan Umar.

Umar meronta melepaskan diri.

“Kamu gila kah Sofea..,apa yang kamu buat nih..tahu tak benda  ni haram..,kamu kata kamu tak seorang disini…”jerkah Umar.

“Saya sayangkan kamu Umar..saya harap kamu paham,sejak kamu bekerja di cafĂ©,saya mula suka dekat kamu Umar..”Sofea merintih.

“istighfar Sofea..,ingat tuhan,kamu dikawal nafsu sekarang..”

“Tolonglah Umar…,saya kesunyian sekarang dan perlukan kamu untuk mengisinya..”celoteh Sofea.

“Ya Rabbi…”Umar terus merempuh Sofea dan terus kearah muka pintu.

“Kamu bertaubatlah Sofea..cara kamu salah…ingat.. kita ada syariat..,jangan jumpa saya lagi..”Umar terus memalingkan mukanya dan terus beredar.

Sofea terus kaku,dia terduduk,merasai seolah hatinya remuk bagai dihempas ke batu.Aliran air matanya deras mengalir.Dia masih berasa itulah cara terbaik untuk dia melepaskan perasaannya yang membuak-buak kepada jejaka yang bernama Umar.Dan ternyata kemungkinan keputusannya silap,akibatnya dia akan dibenci sepenuhnya oleh orang yang dia cintai.

Umar memulas minyak motosikalnya sederas mungkin,dia tidak menjangka peristiwa itu berlaku pada dirinya,ibarat kehormatannya dikoyak oleh seorang wanita. Otaknya memusing dan bernari-nari macam-macam perkara di mindanya,tumpuan penunggangannnya jadi kabur.

PANG!!!!


bersambung...

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari