Jumaat di Hussein



Solat di Masjid Sidna Hussein punya keistimewaannya yang tersendiri. Dari mula masuk ke dalam masjid hingga lah cari kasut sewaktu nak pulang.

Setiap kali hari penghulu segala hari ini,ribuan manusia akan meluangkan masa solat di masjid ini,mahupun penduduk sekitar kaherah ataupun pelawat dari luar mesir semata menziarahi maqam cicit Saiidul basyar Sidna Hussein RahimahullahuTaala Wa Ardhah.

Di Masjid Sidna Hussein juga terdapat Ashar Nabi,iaitu barang peninggalan Nabi Sollahualaihiwassalam bersebelahan maqam Sidna Hussein.

Antara ashar yang dinaqalkan ada di situ adalah serban nabi,tongkat nabi,janggut nabi gamis nabi dan lain-lain lagi. Bilik yang menyimpan ashar nabi itu tidak dibuka kepada umum,hanya dibuka jika ada ulama-ulama sahaja untuk datang ziarah. Tidak dibuka kepada umum kerana khuatir disalah guna,berdasarkan sifat taasub tanpa ilmu masyarakat dirisaukan akan mendorong kepada ghuluw dan khurafat di tempat mulia itu.

Allahuma Solli Alla Sidna Nabiy!!

Selesai solat Jumaat dan khutbah,kebiasaannya jemaah akan tunggu untuk solat jenazah,setiap minggu begitu,ada sahaja jenazah yang disolatkan. Sebelum solat,imam akan menerangkan kaifiat solat jenazah bermula takbir pertama sampai salam terakhir. Setelah selesai solat barulah jemaah bersurai.

Selepas solat inilah, Masjid Sidna Hussein diriuhkan dengan pelbagai aktiviti dan ragam.

Ziarah Maqam
Sebahagian manusia akan menuju ke Maqam Sidna Hussein,berpusu-pusu masuk ke dalam bilik maqam tersebut. Tak cukup berzikir,solat,baca quran,ada yang meratap,mencium dinding maqam, bertawasul dengan kekasih nabi itu, disebabkan taa'luk dan kecintaan mereka kepada ahli bait nabi. Tak kurang ada juga yang sempat bergambar dan berselfie di situ sebagai kenang-kenangan.

Majlis Zikir Tariqat-Tariqat

Seusai sahaja solat, masyarakat arab berbilang lapisan,dari anak kecil hingga ke tua bertongkat akan berkumpul mengikut tariqat masing-masing.
Ada yang berbentuk bulatan,berqasidah dan alunan nasyid memuji Allah dan selawat ke atas nabi sollahualahi wasalam.
Ada juga berbentuk barisan,diketuai seorang syeikh akan berada di tengah antara dua barisan mengadap itu,yang lainnya berzikir dengan gerakan badan menghayati zikir serta solawat yang dilantunkan beramai-ramai.
Ada juga halaqah membaca surah alkahfi,membaca pelbagai surah-surah dalam alquran menepati sunmah membacanya di hari jumaat seperti diajar Rasulullah kepada para sahabat.

Pemberian Makanan Percuma

Ini juga sangat menarik.

Selepas solat,akan ada beberapa orang yang akan membuka seakan-akan kaunter untuk mengedarkan makanan kepada para jemaah di bahagian belakang masjid.
Kebiasaanya mereka mengedarkan roti aisy,tokmiah,ada juga aisy bersama nasi dan ayam,ada juga aisy yang dicicah kuah full dan kuah syabsyukah. Macam-macam yang boleh didapati untuk dimakan.
Tak kurang,ada sesetengah akan berjalan mengelilingi masjid sambil membimbit plastik yang penuh dengan makanan untuk diedarkan. Ada yang edarkan roti,pelbagai jenia roti,berinti,tak berinti,bulat,empat segi,panjang,pendek,ada juga mengedarkan buah tamar dan aruz billaban(pulut susu) kepada jemaah yang berada di dalam masjid ataupun diluar masjid.
Kesimpulannya,memang tidak akan lapar jika siapa yang ada di dalam masjid ketika itu.

Ini antara permandangan ragam di masjid hussein setiap kali solat hari jumaat. Ragam dan adat ini tiada di mana-mana tempat aku rasa termasuklah di tanah airku,dan kesempatan inilah aku berusaha mentadabur suasana di sekelilingku untuk aku nukilkan. Semoga menjadi ibrah dan pengajaran kepada diriku dan orang lain.

Faa'tabiru!!

Allahumma Solli Ala Sidna Nabiy!!

4/12/15
Masjid Sidna Hussein,
Hussein,
Cairo.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari