AKU BERFIKIR MAKA AKU MENULIS vol.2

Barangsiapa yang mengikuti blog ini dari awal, maka dia akan dapat faham akan kronologi penulisan aku dan manhaj  yang aku bina dalam penulisan ini.

Secara umum, blog ini dibangunkan atas dasar mengisi masa lapang sewaktu aku di markaz bahasa yang tidak terlalu sibuk dengan kelas dan apa jua tanggungjawab. Jadi aku sepenuhnya mencurahkan segala isi hati, sudut pandangan dan pengalaman harianku dalam blog ini.

Visi ku mudah, aku nak orang kenal Mesir dari sisi pandang aku sendiri, sebab itu juga aku namakan blog ini 'darikacamataNil', iaitu dari sudut pandang seorang pelajar, pemerhati, pengembara di negara yang terkenal dengan lembah Nil ini. Dalam masa yang sama juha aku mahu mengubah perspektif-perspektif buruk berkenan sosio budaya masyarakat Mesir dengan pandangan yang lebih positif dan memberi pengajaran kepada diri aku dan pembaca khususnya.
Namun, tak disangka-sangka, setelah aku mendapat khabar dari beberapa temanku, mereka berkata, blog aku antara menjadi rujukan, dan bacaan bagi mereka yang ingin melanjut pelajaran ke sini, dan mereka sukakannya!
Sampai satu ketika, seorang student dari IPG datang melawat Mesir, datang ke sini dan antara hadafnya adalah mahu mencari penulis blog darikacamataNil! Aku agak teruja! Setelah berjumpa dan berkenalan, kami mula berbaik dan aku kongsikan beberapa cara-cara penulisan yang baik kepadanya.

Dalam blog ini juga, selain menjadi kanvas untuk aku coretkan diari hidup aku di Mesir, aku juga variasikan blog ini dengan elemen kesusasteraan berupa puisi, cerpen dan dalam pembikinan sebuah novel. Tujuan aku adalah dikala mana aku mempromosi bahan bacaan ringan berbentuk sastera ini, para pembaca secara tidak langsung akan melawat dan membaca entry-entry lain yang terkandung bahan bacaan berat dan berkonsep ilmiah. Dalam masa yang sama, pembaca di bahagian lain akan meringankan minda membaca entry-entry yang bersifat fiksi. Maka aku susunkan metodologi penulisan ini untuk memberi manfaat bersepadu kepada para pembaca.

Selain itu, aku juga luahkan pendapat, komentar dan kritikan terhadap beberapa isu secara usul dan mendasar untuk barangsiapa yang ingin menanggapi suatu isu secara insof dan mencari penyelesaian. Secara jujur, aku seorang yang banyak berfikir, merenung, dan boleh katakan setiap hari ada saja yang aku fikirkan, pelbagai idea berawangan di udara raya, beraneka solusi dan resolusi yang menari-nari di kotak mindaku, cuma mungkin kesempitan masa menyebabkan banyak lagi yang tidak aku coretkan. Insyallah di masa yang lain , aku akan cuba rajin untuk menulis dan berkongsi akan idea-idea aku itu.

Beberapa visiku dalam penghasilan blog ini sudah menunjukkan pencapaian yang baik, iaitu memberi pengenalan tentang Mesir kepada para pembaca terutamanya yang berada di Malaysia. Jadi, aku merasakan selepas ini, aku akan mengorak langkah yang baharu dalam memperkenalkan Al-Azhar Asy Syarif, manhaj ilmunya, para ulama kibarnya, dan seterusnya metodologi pengajian ilmu turath islami, serta fawaid-fawaid yang kami dapat dari para guru dan masyaikh kami.

Sepertimana siri yang lepas, aku berusaha mengelakkan dari menulis entry dengan kalam yang panjang dan melirit disebabkan mata kita akan mudah letih dan mual dengan huruf abjaiyah yang banyak. Maka aku faham akan kondisi itu, dan aku berhenti setakat ini sahaja.

Teruskan doakan untuk aku semoga aku akan terus kuat untuk menulis dan pasak kuatkan dalam minda ku 'Aku berfikir maka Aku menulis'.

Bersambung..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari