Fawaid Manhaji #1

8 Elemen Manhaj Al Azhar Asy Syarif

Manhaj bermaksud Metodologi Fikir, silibus akademik yang diterapkan dan disemai kepada para abna al-azhar secara berperingkat serta mendalam. Manhaj ini tidak berkelana di atas pundak pelajar di kukiah atau di masjid Al Azhar sahaja, tapi kepada siapa yang memiliki dan menguasai cara fikir tersebut.

Maka dengan itu, guru kami Guru Mulia Fadhilatus Syaikh Usamah Al-Azhariy menyusun sebuah kitab nafis Kitab Al Ihya Al Kabir Fi Maalim Al Manhaj Al Azhar Al Munir, yang mengariskan 8 elemen yang mengisi setiap rongga minda ulama-ulama Al Azhar Asy Syarif sejak zaman berzaman. Dan dengan usaha murni ini diharapkan dapat membina serta menghidupkan kembali jati diri para azhariy agar sinaran Al Azhar yang yang suram kembali memancar dengan gahnya.

Dengan ini, aku berasa terpanggil untuk membuat rumusan ringkas akan kelapan-lapan manhaj tersebut.

1. Bersambung sanad(Silsilah) Ilmiah secara Riwayah( Berguru), Dirayah(Kefahamam) dan Tazkiyah(Penyucian jiwa).

2. Mengambil berat terhadap penguasaan Ilmu Alat

3. Memiliki gambaran sempurna lagi menyeluruh terhadap Objektif Syariah(Maqasid Syariah).

4. Mengadaptasi Al quran tepat pada tempatnya.

5. Mentakzimkan Hal Ehwal umat Nabi Muhammad S.A.W.

6. Mendokong Tanggungjawab Menyampaikan Hidayah kepada Umum.

7. Memberi perhatian penuh terhadap Pembentukan Sempurna bagi Ilmu.

8. Mengambil Faedah dari Warisan Ummat(Turath), Bersikap Terbuka terhadapnya serta Menjalin Hubungan (Integrasi) dan Menjadikannya sebagai Teras.

Maka inilah manhaj yang perlu disuntik semula kepada setiap nadi para student anak-anak Malaysia di bumi anbiya ini.

#Revivalisme_Wibawa_Azhariy

8/10/17
Bait Azhari
Hussein

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari