Keseronokan Si Penuntut Ilmu
Diceritakan oleh Syeikh Ahmad Hajian tentang juhudnya Syeikh Usamah Alazhari dalam menekuni ilmu. Suatu hari seperti hari biasa, para penuntut dan pelajar bersiap-siap untuk menghadiri kelas Syeikh Ali Jumaah di Ruwaq Atrak Masjid Azhar. Ketika keluar berjalan beramai-ramai dan setibanya mereka di pintu masjid,dimaklumkan harini Syeikh Ali sibuk diluar dan kelas dibatalkan. Semua kembali ke tempat masing-masing dan ada yang melaksanakan tugas lain yang mungkin sudah diatur. Syeikh Usamah terus berjalan memasuki ruwaq lalu duduk dihadapan kerusi syeikh,berteleku keseorangan,murajaah dan menghafal serta tak kurang memikirkan beberapa masalah yang tidak difahami untuk ditanya kepada Syeikh Ali pada kelas minggu depan. Setelah cukup masa,Syeikh Usamah pulang ke tempat tinggalnya lalu ditanya kawan-kawannya, kenapa dia tidak pulang sahaja semasa mendapat berita bahawa kelas dibatalkan. Jawab Syeikh Usamah, "Aku tidak mahu biasakan diriku dengan perasaan bosan kepada ilmu d...