Aku dan Seribu Kopiah Putih



Setiap hari aku terpikirkan perkara ini. Aku termanggu keseorangan. Otak ligat seperti pusingnya sang gasing di pentas pasir.

Saat kakiku mula melangkah meninggalkan pintu kayu di tingkat lima imarah,aku mengerakkan moto mindaku tentang perkara ini.

Di dalam bas,berhimpit-himpit,bergasak-gasak,dalam waktu juga aku berfikir.

Aku turun bas,memasang langkah menuju jalanan sibuk dengan pelbagai kerenah. Hela nafas ku hembus tatkala memikirkan suatu yang belum ketemu jawapannya.

Setiba di pintu Gamaah,bola mataku merangkul pandangan di sekelilingku.

"Ah....ramainya...." Hati kecilku berdetak.

Bukan masalah ramainya orang di kelas yang terpaksa aku bersesak-sesak.

Bukan masalah ramainya mahasiswa yang menyebabkan aku tidak ada tempat ketika kuliah bermula.

Bukan..bukan..

Tapi apa yang aku pikirkan.

Di mana aku di ribuan lambakan mahasiswa azhar ini?

Apa beza aku dengan ribuan mahasiswa malaysia yang bertandang ilmu ke sini?

Apakah aku akan jadi sama sahaja dengan keluaran-keluaran azhar yang masih berlambak di malaysia?

Dan adakah aku akan jadi ustaz biasa,atau sekadar penceramah suam-suam kuku sahaja?

Tidak!!

Tidak baloi akan keberadaan aku di bumi kinanah ini.

Tidak manfaat masa dan tahun aku luangkan di tanah sungai nil ini.

Tiada guna duit yang dibelanjakan untuk menampung kehidupan aku,bayaran pengajianku di kiblat ilmu dunia ini.

Ya.

Aku perlu menjadi luar biasa.

Menjadi menjadi lain dari yang lain.

Biar pun jalan itu orang tidak laluai.

Biar pun lorong itu dipenuhi duri yang memalingkan orang dari melintasinya.

Aku yakin.

Aku pasti.

Ini jalan rentas ku.

Aku akan terus berjalan dan tunggu masa berlari.

Kerana jika aku berpaling dan memilih jalan lain yang lebih pintas.

Maka.

Tiada bezanya aku dari lautan mahasiswa berkopiah putih yang gasak memukul pantai gersang.

Tiada bezanya aku dengan keluaran timur tengah yang hanya pandai menjual air penawar dengan bacaan tiga qul disertakan hembusan azan lima kali.

Tiada bezanya aku dengan produk madrasah agama yang hanya pandai berceramah tetapi fail membaca kitab dengan baris yang lintang pukang.

Tiada bezanya aku dengan ustaz-ustaz yang basah mikrofon berhujah memaki dan mentakfirkan sahabat seagama yang mungkin berbeza faham pendapatnya.


Tiada beza.

Jadi aku bertekad untuk menjadi insan yang luar biasa.

Dan sudah tentu perlukan juhud yang luar biasa.

Besertakan tarbiah nasf yang luar biasa.

Inilah harapku.

Untuk aku sumbangkan jasad dan.nafasku ini kepada ummat yang kehausan dengan bekalan ilmu dan iman yang mencukupi.

 Dan di akhir pencarian ini hanya aku nantikan adalah redha dari mu Tuhan.

Bantulah hambamu ini dan tunjukkan jalan yang benar dan sebetulnya seperti yang enkau tunjukkan pada para alim ulama terdahulu.

Amin...

Allahu mustaan.

17/11/15
Masjid Hussein,
Hussein,
Cairo.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari