Diskriminasi 2.0


#situasi1
Seorang lelaki berkot hitam turun dari kerusi empuk yang disediakan selepas menyampaikan perkongsian berkenaan pengurusan kewangan dan bisnes 'cepat kaya'.
Ketika ingin beredar meninggalkan dewan. Seorang urusetia menghampiri penceramah tersebut dan menghulurkan envelop putih.
"Bagus tuan ceramah,kami bagi lebih sikit harini."
Si penceramah mengangkat envelop dihadapan mukanya. Tembus cahaya menampakkan kandungan dalam envelop. Empat keping Rm50.
Dia tersenyum lalu beredar.
 #situasi2
Seorang ustaz usai menyampaikan ceramahnya berkenaan dengan perbandingan mazhab feqah dalam islam dengan penuh detail dan terperinci.
Ketika ingin beredar meninggalkan dewan,seorang urusetia menghampiri ustaz tersebut lalu menghulurkan Rm20 tanpa envelop.
"Ni duit upah ustaz ya,ustaz kena ikhlas ngajar,tak leh minta banyak2"sambil tersengeh2 dia berlalu meninggalkan ustaz terpingga-pingga.
Sang guru menelan air liur sambil masukkan dua keping wang merah dalam kocek.
Perjalanan 35km,jalan hutan dan penuh gelap bakal ditempuh.
Penuh redho.

Seorang budak kecil merangkul tangan ayahnya.
"Siapa itu ayah?"Dia bertanya.
"Oh..tu ustaz mana ntah,ayah tak ikut kuliahnya pun.."selamba menjawab.
"Nanti adik nak jadi macam dia ayah.." budak itu girang.
"Aipp!!Tak boleh!!"si ayah menampar tangan anaknya.
Sang anak menunduk murung tapi masih menyisip hasrat tersirat.


Sahabat,
Adakah kerana dia seorang ustaz,dia tidak perlu mendapat ganjaran upah atas ilmu yang disampaikan berdasarkan pengetahuannya yang sohih.
Adakah kerana sang ustaz itu berkopiah tidak layak baginya mendapat upah tinggi atas susah payahnya menempuh perjalanan untuk menyampaikan walau secebis ilmu agama.

Kenapa perlu diskriminasi kepada golongan ustaz dan meng'kelas bawah'kan ilmu mereka semata-mata mereka memegang title sebagai 'ustaz'.

Maaf,saya bukan nak back up golongan ini sebab sya bukan  seorang ustaz,tapi minta bersikap adil dan jauhi pilih kasih.

Bayaran wang upah bukan penanda aras kehebatan ilmu itu. Tapi hebatnya ilmu itu kadangkala disukat dengan penilaiaan wang terhadapnya.
Dulu orang kata siapa belajar agama maka tiada masa depan simpit rezeki dan sebagainya.
Tapi sekarang Allah dah buka seluas-luasnya rezeki orang yang dalam bidang agama sehingga kan org yang belajar bidang lain pula berdesak-desak mencari pekerjaan.

Ini realiti sahabat.

Ini lah rezeki mereka yang Allah bukakan kepada mereka.
Kenapa kita perlu menyekat dan menyisihkan mreka.

Sudah-sudah lah institusi agama dianak tirikan dahulu.

Sekarang abaikan isu khilafiah dan fokus isu pokok untuk agama ini.
Senyum.

#bersambung
#diskriminasi3.0

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari