Dua Alam [Siri 2]

Ampang,Selagor,2012

“Aarghh…tolong….” “Tolong aku…..”,jerit Hafiz.
Matanya menjangkau ruangan bawah gaung tersebut.Hanya tangan kanannya sahaja mampu lagi berpaut pada batu yang masih kukuh,kujur tubuhnya kaku bak batang kayu.Berkira-kira nasib yang bakal diterimanya kalau terjatuh gaung tersebut. Satu persatu batu batuan jatuh kebawah. Hafiz memejamkan matanya,beristingfar,moga-moga Allah bagi bantuan kepadanya.

Tiba-tiba satu tangan menghulur kepadanya lalu ditarik badannya terus ke atas.

“Umar….”teriak Hafiz kegirangan kerana sahabat sebiliknya itu menyelamatkan nyawanya. Hafiz terus memeluk badan Umar yang hanya mengusap-ngusap badannya yang berdebu akibat tanah yang  bertebaran.

“Yalah..yalah..kau tu bising sangat,ganggu tidur aku”cebik Umar.

“The end………..hah itulah citanya mimpi aku semalam..hehe..gempak ak?”ujar Hafiz sambil tersengeh-sengeh seperti kerang busuk.

“Ceh..aku ingat ka suspen sangat..”kata Sofea, Zakiah dan Anwar hanya mengangguk sambil menongkak dagu di meja rehat mendengar cerita mimpi ‘suspen’ Hafiz tu.

“Ha lah…tetiba ja si Umar tu masuk dalam mimpi aku..hehe…tu yang aku terkejut tu..”kata Hafiz mengaru-garu kepala yang tidak gatal.

“Biasa lah tu..nama pun mimpi..kan..”sambung Sofea.

“Dah dah..dengar lah sangat cerita Hafiz tu…nak abis dah waktu rehat nih..sambung keja..”teriak Umar yang baru keluar dari surau. Umar hanya menggeleng-gelengkan kepalanya sahaja melihat gelagat Sofea ,Zakiah dan Anwar khusyuk mendengar cerita Hafiz.

Umar baru lima bulan bekeja di Restoran makanan ringan Secret Recipe. Pengalaman kerja pertamanya di situ amat memberi seribu satu pengajaran setelah berusaha untuk hidup berdikari mencari matlamat sendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada keluarga di kampong.

“Ya2,betul tu..sudah sudah..nanti custumors datang baru terhegeh-hegeh..”kata Zakiah tergesa-gesa bangun dari kerusinya.

Zakiah paling senior kerja kat sini hamper tiga tahun lebih kerja di Kafe itu.Segala pengalamannya diajarnya kepada junior-juniornya di sini samaada cara penyediaan makanan ,service costumer,dan sebagainya.

“Yes boss…”ucap Sofea dan Anwar serentak.

Sofea sempat mencuri-curi pandang Umar yang membetul-betulkan tali kasutnya. Dia amat suka melihat perlakuan Umar yang sangat bersederhana dalam setiap aspek dan perkara,dari segi pakaian ,penampilan,percakapan walaupun dia tahu Umar merupakan seorang yang berlatar belakangkan sekolah  agama dan berpendirian tegas.

“Isy..kalau lah..”bisik hatinya.

Umar mengangkat muka,matanya bertentangan denagn Sofea.  Sekaligus Sofea megalihkan pandangannya dan buat-buat melihat ketempat lain.Merah padam muka Sofea.

“Umar….datang sini jap..”panggil Zakiah.

“Ya ya..saya datang..”

“Arini..Umar buat air eh…,pergi ke belakang dan nanti suruh  Anwar tolong tunjukkan cara nak buat air yang mudah-mudah ja..tanya dia sekali berapa sukatan dan lain-lain lah..”pesan Zakiah.

“Baik-baik..”senyum Umar.

                                           *********************************************

“Umar…aku nak tanya ni…macam mana kau boleh masuk dalam mimpi aku?”Tanya Hafiz mendapatkan kepastian.

“Hmm…manalah aku tahu..kebetulan ja kot..nama pun mimpi …kau ni pun janganlah amik serius sangat..”

“Haha..”Umar gelak kecil.

“Yelah..yelah…tapi….aku tak puas hati lagilah..”

“Dah…jom singgah makan..”

Mereka singgah ke kedai makan bersebelahan apartmen yang mereka diami sekarang. Disitulah mereka banyak meluangkan masa dan menjamu selera makan sehinggakan tauke kedai,Pak Wahab sudah kenal benar dengan selera anak muda tersebut.

“Pak Wahab…cam biasa….”teriak Hafiz dengan suara lantangnya.

“Okeh…”sahutan nya dibalas dari arah dapur.

Umar menarik kerusi untuk didudukinya. Melabuhkan punggung sambil menghelakan nafas penat setelah seharian bekerja. Sinar senja menjangkau pandangan kornea anak matanya,warna oren keemasan melitupi sebahagian besar hamparan langit,garisan merah menandakan waktu maghrib bakal menjelang.

“Kau tahu dak sebenarnya disebalik waktu senja ni,ada banyak petanda kehebatan Allah,dan ada kaitannya dengan sains dan kehidupan dunia jin dan syaitan?”ujar Umar kepada sahabtnya yang sibuk membelek Samsung Galaxynya.

“Haa’ah..citerlah..aku minat citer bab-bab ni..hehe..”celotehHafiz.

“Ceritanya macam ni..jeng jeng jeng..”

“Ish…cepatlah…”

“Pertama,bila kita tengok langit waktu senja ni warnanya kemerah-merahan kan..,jadi dalam sains,warna merah ni mempunyai nilai pH yang rendah antara nilai 1 hingga 3 iaitu bersifat asidic,suasana senja yang berasid secara semulajdi ini menjana kekuatan makhluk halus yang berfrekuansi tertentu.”terangUmar secara ilmiah.

“Jadi apa yang jadi..?”Tanya Hafiz.

Umar diam seribu bahasa.

“Aik..orang Tanya dia diam pulak,cepat lah Umar….”Hafiz semakin ghairah mendapatkan jawapannya.
Umar menunjukkan tanda diam kepada Hafiz.

“ALLAHUAKBAR..ALLAHUAKBAR…”azan berseru.

Seusai azan berkumandang dan membacakan doa Umar menyambung percakapannya.

“Nah…inilah peneutralnya..azan…mengikut kajian sebutan tasyahud dalam azan ni sangat baik dan ia telah meneutralkan suasana senja menjadi harmoni dan seterusnya memberi pressure yg tinggi kepada syaitan yang berkeliaran pada waktu ni..waktu nil ah kita tidak boleh merayau sebab kemungkinan berlaga atau bersentuhan dengan  syaitan tersebut…maka itulah dinamakan sampuk..”

Hafiz terngaga mendengar penjelasan Umar yang penjang lebar.

“Heh..macha…makan lah..” Umar membentak.

“Eh..bila makanan sampai?”Hafiz terkebil-kebil mencapai sudu dan garpu di atas meja.

“Kau nilah..Pak Wahab hantar makanan pun tak perasan,haha..cepat makan,pastu kita balik..solat maghrib…”

“Ya…ya..”sambutnya tersengeh-sengeh.

                                         **********************************************

Keempat-empat mereka berkumpul di ‘meja rehat’ di sebelah kaunter, mengelilingi Umar sambil mendengar penjelasannya tentang persoalan yang diberikan.

“Umar..Umar..apa bezanya iblis ngan syaitan?”soal Sofea

“Hmm..camnilah senang citanya..Iblis ni adalah general ataupun ketua kepada jin kafir yang memberi arahan kepada prebet bawahan untuk mengasut manusia agar mereka terus sesat…syaitan pula golongan jin yang melampau perbuatan jahat mereka dan suka sangat menghasut anak adam nih..”jawab Umar dengan tenang.

“Jin pulok?”Zakiah mencelah.

“Hah..dah agak dah nak tanya camtu..hehe..jin ni suatu bangsa yang Allah ciptakan dari api..ada yang baik ada yang jahat,ada islam ada kapir..kalau terlampau jahat itulah syaitan…yang ketua itulah iblis..yang jenis samseng sikit namanya Ifrit..kehidupan mereka ni sebijik macam manusia”sambungnya lagi.

“Oh…”Sofea ,Zakiah serentak menganguk.Begitu juga dengan Anwar dan Hafiz.

Umar ketawa sinis melihat gelagat mereka.

“Jom..sambung len kali pulak..

”Umar mengajak.Semua bersurai dengan muka yang puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Umar.

Sofea masih berdiri disamping Umar.

“Umar…nanti sambung lagi tau…Sofea suka sangat dan minat sangat bab ni…”ucapnya tersipu-sipu.

Umar hanya mengangguk dan mengoreskan simpulan senyuman,sebaris giginya terserlah nampak.Dia sangat berpuas hati dengan minat kawan-kawannya itu dalam mendalami bab jin dan syaitan ini.
Jam tepat waktu makan tengah hari,sewaktu inilah ramai pelanggan yanga akan singgah menjamu selera. Pelanggan ramai dari pejabat-pejabat korporat yang berada di sekitar kafe mereka. Umar ditugaskan menjaga kaunter pembayaran sewaktu makan tengahhari kerana sewaktu dianggap waktu kemuncak ini memerlukan kudrat tenaga dan kepakaran yang cekap untuk menyediakan service yang terbaik kepada pelanggan.

Antara ramai-ramai pelanggan yang hadir,mataUmar lebih tertumpu kepada seorang pelanggan wanita yang hampir setiap hari datang ke kafe tersebut. Bukan sebab kecantikan serta keayuan wajah wanita tersebut,bukan kerana kemewahan hidupnya,malah bukan kerna kekerapan wanita itu makan disini,tetapi sampai sekarang dia tidak pasti apakah sebabnya.

“Dik berapa harganya…?”

Umar tersentak dalam lamunannya.Pelanggan dihadapan kaunter menyergah untuk membayar bil makanan.

“Ek eh...maaf-maaf,semuanya RM15.30”tangan Umar mencari-cari punat di mesin wang untuk mendapatkan wang baki.

Sementara itu matanya masih melangkaui di meja pelanggan mendapatkan susuk tubuh wanita tersebut. Malangnya kelibatnya tidak kelihatan.

“Mungkin dah balik kot…tapi siapa perempuan tu?”hatinya berbisik.

                                         *********************************************
Apartment MPPJ,Ampang.
Kicauan burung gagak yang bertenggek di atas bumbung bangunan usang tersebut merobek suasana senja kawasan apartment MPPJ itu.Silauan cahaya matahari masih berbaki sebelum sang malam meninjau kehidupan manusia.Jelas keretakan pada banyak bahagian pada dinding,runtuhan-runtuhan kecil,cat dinding yang sudah lusuh dicairi panas terik,suasana suram menambah lagi kesan visualistik barangsiapa yang mendiami atau hanya melintas di hadapan bangunnan tersebut. 

Bangunan yang hampir 4 dekad tersebut menyimpan seribu satu kisah dantragedi yang memberi serba sedikit kesan kepada penghuni apartment itu setelah sekian lama.

Sofea menekan punat bernombor 9 pada punat-punat yang ada dalam lif menandakan mereka mendiami rumah yang berada ditingkat 9 daripada 11 tingkat kesemuanya.
Hanya mereka berdua sahaja yang berada didalam lif tersebut,Zakiah melihat jam berada ditangannya,jam menunujukkan jam 7.43, begitulah hamper setiap hari mereka pulang kerja, kira-kira pukul 8 malam memamg terpacak di hadapan rumah mereka.

"Kak Zakiah…Umar tu baik kan?”Ujar Sofea kepada Zakiah.

“Siapa…Umar?...Hmm…boleh tahanlah..Kak suka jugak caranya…illmu agama pun banyak..boleh buat calon suami….”Zakiah menguis bahu Sofea.

“Kenapa cuit saya lak?”Sofea mencebik.Merah padam mukanya.
“Kamu suka dia e….” Zakiah mengusik.

“Mana adalah..muda lagilah…saya ni jahil agama..dia tu dah la alim..mana mau kat saya nih…hehe…”Sofea mengelak.

“Ya lah…sebab tu kena cari yang alim..untuk bimbing kita jugak kan..”sambung Zakiah.

“Hmm…”Sofea hanya mendiamkan diri.

Sibuk mereka berbual,lif berhenti di tingkat 4 menandakan ada orang yang akan masuk ke dalam lif tersebut.bila pintu terbuka,tiada siapa pun yang ada dihadapan pintu untuk masuk kedalam lif tersebut.

“Hmm…budak-budak la ni yang main-main nih…isy…menyusahkan betullah..”Zakiah meneka.Mereka dah paham benar perangai kanak-kanak yang berada di situ yang mana mereka gemar menekan punat lif yang menyebabkan lif akan berhenti di tinggkat tersebut.

Mereka sambung berborak,setibanya di tingkat 9 mereka keluar daripada lif,ketika melangkah keluar,Sofea terperasan punat tingkat 11 bernyala menandakan ada orang yang menekan punat tersebut untuk ke tingkat 11.

“Kak..kak ke yang tekan punat 11 tu…?”Sofea mendapatkan kepastian.

“Mana ada..kenapa?”soalZakiah.
“Dak…tadi semasa kita nak keluar lif tadi saya Nampak punat 11 bernyala tandanya mesti ada yang nak ketingkat 11 tu..tapi saya rasa kita berdua ja kan dalm lif tadi…”

Zakiah menelan air liur ,jelas dikerongkongnya naik turun,Sofea pula hanya mengaru kepala yang tidak gatal.

“Jom-jom..kita balik rumah…”Zakiah menarik tangan Sofea yang masih kebingugan dengan kejadian itu.


 ****************************************************************************


bersambung..**********


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari