Ulamak dan Peranannya



Diceritakan kepada kami

Suatu hari ketika Al Fadilatus Syeikh Duktur Ali Jumaah menghabiskan kuliahnya, orang berpusu-pusu mendapatkan syeikh untuk mencium tangan,ada yang mencium pipi tatkala ada yang sempat meletakkan tapak tangan atas badan syeikh sudah memadai untuk mendapat tabaruk sang ulama. Tua muda semuanya berhimpit-himpit untuk melihat sosok tubuh ulama tersohor itu.
Syeikh Ali hanya tersenyum melayan kerenah bermacam-macam ragam manusia ketika itu.

Setelah keramaian semakin susut, Syeikh Ali masih dibangkunya,untuk bagi siapa-siapa yang ingin berjumpa dan bertanyakan soalan kepadanya.

Tatkala itu,datang seorang tua mendapatkan syeikh. Ditangannya ada segenggam papan ubatan. Setelah mencium tangan syeikh tanda hormat, orang tua itu mula meluahkan masalahnya kepada syeikh akan penyakit yang dihidapnya,dan meminta nasihat syeikh adakah dia perlu makan ubat yang dibawanya itu.

Orang di sekeliling ketika itu hairan akan soalan yang dilontarkan kepada syeikh kerana itu bukan kepakaran syeikh untuk menjawab persoalan berkaitan perubatan.

Syeikh mengukirkan senyuman.

Syeikh diam seketika. Lalu mengeluarkan telepon bimbitnya dan menelefon seseorang.

Semua orang menanti reaksi syeikh termasuklah lelaki tua di hadapan syeikh itu.

Setelah tamat berbual, syeikh mula bercakap.

"Aku baru menelefon kenalanku dari bidang farmasi dan ubat ini baik untukmu" ucapan Syeikh ringkas dan padat.

Lelaki tua itu berpuas hati dengan jawapan syeikh berlangsung pulang dengan senyuman.


********************************

Apa yang kita boleh pelajari dari kisah ini.

1. Masyarakat di Mesir sangat mengangkat kedudukan ulama di sisi mereka dan sangat memuliakan mereka.

2. Ulama menjadi rujukan utama dan segala macam masalah dan perkara kerana kepercayaan yang sangat tinggi masyarakat kepada ulama seperti kita lihat lelaki itu tahu soal perubatan bukan bidang syeikh,tapi dia yakin dia bertanya kepada seseorang yang dihormati keilmuannya.

3. Jika lihat situasi itu, syeikh tidak mudah untuk mengatakan' tidak tahu',dan 'ini bukan bidang saya',kerana syeikh tahu masyarakat datang kepadanya dengan penuh pengharapan untuk mendapatkan jawapan walaupun secebis perkataan. Dan syeikh tidak akan hampakan induvidu yang datang dari jauh untuk berjumpa dengannya tapi disimpul matikan dengan jawapn tidak tahu. Inilah ulama berjiwa negarawan!!

4. Di sini kita boleh lihat reaksi Syeikh Ali dimana,syeikh tidak 'buat-buat pandai' dan 'buat tahu' dalam bidang yang bukan kepakarannya. Syeikh mengambil langkah bertanyakan kepada orang yang lebih arif darinya untuk menjawab persoalan.
Berbekalkan jawapan dari pakar dan bahan bacaan syeikh yang luas dari bidangnya syeikh dapat memberikan jawapan yang tuntas kepada si pentanya soalan.
Inilah sifat rendah diri dan profesionalnya seorang ulama dalam mengendalikan sesuatu masalah ataupun isu.

5. Ulama tidaklah tahu semua bidang dan ia adalah sangat mustahil melahirkan induvidu yang boleh mahir dalam segenap lapangan ilmu,jadi dalam bidang yang sesuatu yang ulama itu tidak kuasai,maka harus dia merujuk kepada yang lebih arif agar jawapan dan tindakannya bertepatan dengan landasan.

Dan tidak dinafikan jugak,seseorang Ulama perlu mempunyai bahan bacaan yang luas dalam bidang lain atau secukupnya perlu ada ilmu dalam bidang yang luar dari ilmu agama agar pertimbangan keputusan dan tindakannya menepati kehendak peredaran semasa.

Sekelumit pandangan dari si pengukir kayu.

*cerita diatas ada ditambah sedikit unsur israilyat untuk menambah rasa dan rencah cereka untuk sama-sama menelan keenakan cerita itu tapi tidak bercanggah dengan cerita yang sebenar.

#catitanmalamjumaat

Muzakarah Kitab Ihya Kabir,
Syaqah khomisah,
Darrasah,
Cairo.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari