Fuul,To'miyah&Kushari



Jika ke Penang terkenal dengan Pasemboq.
Jika ke Perak terkenal dengan Rendang Tok.
Jika ke Kelantan terkenal dengan budunya.
Ke Terengganu dengan Keropok Lekor.
Jika ke Pahang dengan tempoyak ikan patinnya.

Jika anda ke tanah Mesir ini anda akan kenal Fuul dan Tokmiah beserta Kusyari.

****************************

Orang kata,
Jika kamu nak jadi sejuzuk dari suatu bangsa ditempat itu,maka kamu wajib biasakan dengan makanan tradisinya.

Makan makanan penduduk tempat,cara paling efektif menadaptasikan diri di lapangan sesuatu kaum.
Dan kaum itu juga akan gembira pabila melihat orang luar makan makanannya.
Sepertimana lah kita suka jika pelancong kulit putih berambut perang menjamah nasi lemak berlapik daun pisang. Tambahan lagi menghirup kuah kari dicicah dengan roti canai bawang.

#Tokmiah adalah sejenis makanan sarapan yang berupa seperti masalodeh dan rasanya sedikit masin.
Kebiasaannya Tokmiah ini dicicah dengan Fuul .

#Full iaitu kuah yang dibuat dari kacang kisar.

#Kusyari pula antara yang termurah boleh dibeli dan mengenyangkan. Ia adalah sejenis makanan campuran makaroni,nasi dan kacang,digaul dengan kuah cili dan ditambah perisa air bawang.
Memang sedap dan menyelerakan.

Tak dinafikan seawal datang ke sini,makanan-makanan ini sangat janggal nak dimakan dan memang akan mual,tapi apakan daya,terpaksa telan memandangkan kita di negeri orang.

Semakin lama,makanan yang mual itu bertukar enak dan menyelerakan.

Alah bisa tegal biasa.

Allah tahu apa yang terbaik buat hambanya.

Allahu Mustaan..T.T

#sarapandengantokmiah
#pagiyangdamai

7.13am,
8/11/15,
Kedai Tokmiah Gamek,
Hayyu Asyir,
Cairo


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari