Pemuda&Ilmu



Suatu hari dalam satu pengajian Syeikh Usamah Alazhari,kebiasaan orang-orang muda akan berada di hadapan. Sebelum memulakan kelas,Syeikh Usamah memberi laluan kepada mereka untuk menyampaikan aduan,serta buah fikiran mereka.

Seorang demi seorang menyampaikan persoalan isu semasa,kenapa ini,kenapa itu,bagaimana ini boleh terjadi,apa peranan dan tanggungjawab pihak ulama azhar dan tanggani pelbagai isu di Mesir khususnya.
Berkobar-kobar semangat mereka menyatakan prinsip dan pengangan mereka.

Syeikh Usamah hanya meletakkan dagu pada tangan yang memangku tongkatnya tatkala mendengar luahan barisan anak muda dihadapan dengan penuh khusyuk.

Seusai kesemuanya habis bicara.

Syeikh mengukirkan senyuman.lantas berkata.

"Buat masa sekarang,kamu hanya perlukan ilmu.."

Pemuda-pemuda itu tersentak.

"Jika kamu mengejar isu semasa,ia akan lari dan kamu akan mengekorinya sampai bila-bila,percayalah,kamu tidak akan mungkin dapat mengejarnya, tapi sekarang,tugas kamu adalah persiapkan ilmu kamu untuk kamu bertemu isu semasa pada zaman kamu kelak,percayalah,kamu akan menemuainya..
Buat masa sekarang,tsiqah dan percaya kepada ulama-ulama yang ada sekarang untuk menjawab segala persoalan,memikirkan jalan penyelesaian kepada masalah,kerana ini zaman mereka..
Kamu jangan sibukkan diri dan susahkan diri dengan hal yang sedemikian,apa yang kamu perlu sibukkan adalah ilmu..
Persiapan dirimu untuk generasi akan datang.."

Pemuda-pemuda yang tertunduk tadi mengangguk faham.

*************************

Naqal cerita dari Ustaz Awe Graduan Darul Ifta'.

Muzakarah Ihya Kabir,
Malam Jumaat,
Darrasah,
Cairo.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari