Jangan Pelik!!



Di Mesir ada beberapa perkara dan budaya di sini yang anda akan pelik dan menakjubkan kerana ia tidak akan berlaku di Malaysia.

Dalam bas:-

1. Budaya memberi duduk dalam bas kepada wanita.

-walaupun ammu(pakcik) tu tua dan tak larat,dia akan tetap utamakan wanita untuk beri duduk.
-dan ini seakan menjadi budaya mereka,kekadang siapa lelaki yang tak memberi tempat duduk pada wanita pula menjadi serba salah dan dipandang tajam oleh mata ekor orang lain. Dan aku pun dah biasa rasa!! T.T

2.Baca Quran

-walaupun dalam keadaan sesak macam mana pun dalam bas,mesti ada sahaja orang arab,pelajar wafidin(asing) akan menyemak helain-helain quran kecil.

-Dan ada juga siap boleh mengulang hafalan!!

Allah iftah alaik T.T

3. Beri salam ketika masuk dalam bas

- ini budaya yang baru dan telah menjadi kebiasaanku.
-bila ada orang yang melangkah masuk ke dalam bas,mesti akan mengungkapkan salam kepada semua yang ada dalam bas,walaupun tidak saling mengenal. Dan akan yang ada menjawab dengan goresan senyuman.

-kalau di Malaysia,mau dicop buang tabiat!!

Allahu mustaan..T.T

Di Jalanan

1. Mak Arab bawa bakul atas kepala

-ini antara perkara yang aku nak tengok seawal aku jejak kaki kesini untuk mengesahakan samaada benar atau tidak berita ini dari malaysia.
-kenyataanya sememangnya benar!! Malah lebih dari bakul..mungkin tak tergambar untuk aku ceritakan.
-sungguh benar wanita arab,wanita yang qowwiy!!

Allahu Mustaan..T.T

2. Lelaki sama lelaki berpaut tangan

-Ya..ini benar kawan,aku sampai pernah terdetik perkara tak elok sewaktu aku melihat perkara ini.

-tapi,inilah budaya yang sangat unik dan sekaligus menunjukkan belas ukhuwah antara ikhwah mesir.

-malah,aku pernah lihat ulama-ulama sini saling berpaut tangan semasa berjalan sambil bercanda dengan wajah yang menenangkan.

Sungguh damai melihat mereka.

Allahu yubarik lahum..T.T

3. Memegang tasbih

-budaya ini sangat dominan di mesir. Tidak kira muda,tua,lelaki,perempuan,ulama,engineer,kaya miskin,guru mahupun pelajar.

-jika berjalan di jalanan,ada sahaja orang-orang memengang tasbih berbagai warna dan saiz,sambil berkumat-kamit berzikir.

Aku sedang usaha membiasakan budaya dan amalan ini.

Allahu iftah alaiya..T.T

4. Beri minum pada orang belakang

-jika anda beratur minum air sabil(air tepi jalan),dan ada seorang ammu tu minum dan dia isi gelas tu kali kedua,jangan cepat marah. Dia isikan air gelas itu untuk anda!!

-aku banyak kali dah terkena!!

Ma Ahsaa.. T.T

Ada banyak lagi budaya orang arab yang menarik lagi yang aku nak kongsikan. Insyallah diruangan yang lain.

Budaya arab bukan buruk ka?

Ramai orang cerita arab ni buruk,baran,pengotor,suka maki tak tepati masa.

Sahabat,
Kalau hang datang sini nak cari feel arab yang buruk memang hang akan jumpa merata dan setiap hari.

Tapi aku dah mind-set dan doa kat Allah untuk Allah tutup aib orang arab dan bukakan nilai mulia masyarakat arab agar tidak cepat suk dzon pada kaum yang akan aku menimba ilmu daripada mereka.

Sekian.

8.48 pagi,
5/11/15,
Sutuh imarah,
Darrasah,
Cairo.








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari