Dua Alam [Siri Akhir]

.......Umar meletakkan tangannya di atas dahi Zahra dengan beralaskan kain  tuala.Umar memejamkan mata,mulutnya masih basah dengan bacaan ayat ruqyah.
“Hafiz..kalau aku rebah,kau papahkan ya..”ucapnya.

                                                               **********************

Kampung Beringin,

Bahang api menyentuh pipi Samir. Mata bulatnya dibuka,Samir tersentak melihat rumah yang didudukinya hanya masih berbaki tangga batu,yang lainnya semua dimamah dan dijilat sang api.

“Samir….Samir….”suara serak-serak memangil namanya. 

Mata Samir terpandang satu jasad terbaring bersebelahan rumah kayu yang sudah rentung. Dia meluru kearah jasad yang nyawa-nyawa ikan itu.

“Pak Kadir…apa yang berlaku ni..?”soalnya sambil memapah badan Pak Kadir.

“Sang Belang puaka itu menggangu kampung ini lagi,dia mengambil Seri pergi untuk dijadikan korban,aku sempat menahannya,akibatnya  kuasa puakanya mencederakan aku dan membakar rumah ini,Samir pergilah ke gua itu dan selamatkan Seri..janji ya…”

“Mengucap Pak Kadir…”pinta Samir.

“Assyahadu anllaial haillah…”Pak Kadir menghembuskan nafasnya yang terakhir.Samir menutupkan mata Pak Kadir dengan tangannya.Jasad arwah Pak Kadir diletakkan perlahan-lahan diatas tanah,air mata mengalir membasahi pipinya.

“Aku berjanji akan melindungi Seri dan selamatkan kampung ini”monolognya sambil tangan digenggam.

Samir bingkas bangun,parang sakti peninggalan Pak Kadir disisipkan dirusuk kanan,tali di pinggangnya diikat kemas. Dia terus meluru kearah hutan untuk menuju kepada gua yang didiami oleh puaka itu.

Setibanya di hadapan pintu gua itu, Samir menghamparkan kain selendangnya di atas tanah,dia mengerjakan solat sunnat dua rakaat, memohon pertolongan Allah untuk membantunya menewaskan kuasa jahat yang berpuaka itu. Dia yakin,tiada ada kuasa yang boleh mengatasi kuasa Allah Taala.

Setelah selesai mengaminkan doa,dia memanjat batu-batuan  untuk mencapai ke dalam gua tersebut. Dilihatnya Seri masih terikat kedua-dua tangannya di suatu batang kayu di tengah gua. Seri masih tidak sedarkan diri.

Seekor harimau besar berbelang hitam mengelilingi Seri, kemudian berhenti dengan tiba-tiba seakan-akan dia mengetahuai akan kehadiran Samir ke tempatnya.Telaga mata Samir dan harimau itu bertamu,seperti satu firasat menghubungkan kedua-duanya.

Tanpa berselindung,Samir memunculkan dirinya tanpa rasa takut kerana kepercayaan inilah yang dirasakan menjadi sesuatu kekuatan untuk dia berhadapan dengan harimau puaka itu.
“Heih..harimau puaka,hai..jin yang berselindung di balik jasadnya harimau,bertaubatlah kamu kepada Allah tuhan semesta alam,yang menciptakan aku dan kamu,kamu dah banyak melakukan kerosakan,aku datang ke sini untuk menghapuskanmu dengan izinnya Allah..”teriak Samir.

Ngauman harimau  bergema seluruh penjuru gua. Matanya memandang tajam ke arah Samir. Sang Belang berlari laju dan menerkam badan Samir.Samir yang masih belum bersedia,terkejut dengan serangan mengejut daripada Sang Belang,dia merebahkan badan nya ke tanah.Samir betul-betul berada di bawah badan Sang belang, Sang belang mengaum di hadapan muka Samir.

“Manusia yang memuja aku,manusia yang minta pertolongan aku,jadi aku perlukan korban,manusia yang bodoh syirikkan tuhan,manusia yang bersalah..”Sang Belang berkata-kata.

“Itu generasi dulu,mereka masih jahil,sekarang aku ingin menebusnya dengan melenyapkanmu 
dari dunia ini..Allahu akbar!!” Samir berteriak,kakinya menyepak Sang belang menjauhi tubuhnya.Tanpa membuang masa,parang sakti dipinggangnya  dihunus dan menikam perut Sang belang,

“Nah amik kau syaitan durjana,inilah balasanku kepadamu..tamatlah riwayatmu disini,dengan nama tuhan pencipta alam,pencita tujuh petala langit ,tujuh petala bumi,demi nyawa aku di tangannya,aku semadikan roh syaitan terkutuk dalam parang ini di dalam tanah puaka ini..” sumpah Samir sambil membenamkan parangnya kedalam tanah.

Jasad harimau itu terus ghaib,asap hitam seolah-olah terperangkap dalam parang tembaga itu dan terus tertanam dalam tanah.

“Alhamdulilah…”Samir mengucap syukur.
Tidak semena-mena  tali ikatan yang mengikat tangan Seri terputus,Seri terjatuh dan terduduk diatas tanah.Samir terus meluru kearah Seri,dan memapah badannya. Diurut-urut kepala Seri ,akhirnya..
                                         

                                               ***************************

 Wad 5,Hospital Kuala Lumpur,

Zahra mengerakkan jari mulusnya perlahan-lahan.

“Abang…Zahra dah sedar!!”Datin Suraya memekik memanggil Datuk Mustafa yang dari tadi hanya mundar-mandir,Hafiz juga terkejut.Semua yang ada dalam bilik itu mengelilingi Zahra.

“Ayah..Ibu…”Zahra menyebut sepatah demi sepatah.

“Syukurlah…” ucap Datin Suraya dan Datuk Mustafa serentak.Kegirangan terserlah di riak 
wajah kedua-dua mereka,dirasakan bagai bulan jatuh ke riba denagn kehadiran anak mereka semula setelah hampir dua minggu koma.

Hafiz mendapatkan Umar, ternyata Umar masih pengsan.

“Umar masih pengsan lah Datuk..” Hafiz berkata.

Kini Datuk Mustafa mengalihkan pandangannya kepada Umar yang masih terbaring.

“Insyallah..Umar tidak akan apa-apa,kita tunggu hingga dia sedar..”ucap Datuk Mustafa.



Umar membetulkan kedut di baju dan seluarnya.

“Terima kasih banyak ya Umar…nasib baik kamu ada selamatkan anak pak cik..”Datuk Mustafa menepuk-nepuk bahu Umar.

“Kami terhutang budi pada kamu anakanda..”Datin Suraya mencelah.

Zahra yang berada di belakang Datuk Mustafa dan Datin Suraya menyimpulkan senyuman.
Mata Umar dan Zahra bertemu,ada seperti ikatan antara kedua-duanya.

“Samir…kamukah Samir dalam mimpi saya..?”tiba-tiba Zahra menyoal.

“Ya-ya,sayalah Samir,Seri…”Umar menjawab.

"Dan..kamu....blueberry ice blended dan salad.." Umar mencebis senyuman tawar.

Zahra mengangguk.

Kedua-dua mereka ketawa kecil.

Datuk Mustafa,Datin Suraya dan Hafiz terpaku melihat gelagat kedua-dua mereka.


>>>>>>TAMAT<<<<<<<










Terima kasih atas kesabaran mengikuti Siri Dua Alam ini.
Doakan saya terus menulis..
Kalau ada rezeki akan disambung cerita ini..
Kalau permintaan banyak,insyallah saya akan cuba sambungkan siri seterusnya..

Selamat berkemudi..

DUA ALAM (2011-2014)

23/1/16,
Darrasah,
Cairo.








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari