Diskriminasi 3.0



situasi#1

Seorang doktor dalam bidang perubatan menghuraikan al quran dengan kefahamannya melaluai dengan pembacaan buku-buku agama secara literal,dan beberapa siri ceramah agama. Namun,dengan istilah-istilah perubatan yang ganjil dan sedikit keelokan bahasa penyampaiannya,berjaya memukau hadirin.

"Wah...hebatlah doktor tu..walaupun dia bidang akademik tapi boleh ulas ayat quran dengan tepat.."

situasi#2

Seorang peguam raya mengulas hadis nabi dengan kefahamannya sendiri melaluai pembacaan buku-buku sirah nabi,dan sedikit maklumat dari internet berkenaan hadis sohih dan dhoif. Namun,dengan gaya bahasa yang lunak dan gerak badan yang mengkagumkan beserta kepetahan melantunkan hujah,berjaya memukau hadirin dengan ilmunya.

"Masyallah...tengoklah lawyer tu..walaupun dia bidang undang-undang tapi boleh mensyarahkan hadis nabi dengan cukup hebat!!"

situasi#3

Seorang ustaz menghuraikan beberapa masalah ekonomi,jatuh naik matawang melaluai pembacaannya beberapa laman web ekonomi serta diskusi dengan rakan-rakannya yang mahir dlm bidang undang-undang dan sosial ekonomi. Namun,dengan juga ulasan yang agak lancar dengan fakta-fakta hasil dari pencarian dan kajiannya,sambutannya..

"Apalah lah ustaz ni,dah ngaji bidang agama,ulas bab agama dah la,buat hebat buleh, nak hurai bab ekonomi konon belajar ekonomi pun masa sekolah menengah ja..,pegi jalan lah...!!"

Sahabat,

Skop perbincangan aku sekarang bukan bab perlunya seseorang itu menguasai ilmu lain selain ilmu pengkhususannya,seorang doktor perlu belajar agama malah wajib dan seorang ustaz perlu ambil tahu bab ekonomi dan kewangan.

Bukan.

Ini tentang bagaimana situasi seseorang itu menghuraikan ilmu dalam bukan bidang kepakarannya.

Situasi ketiga-tiga diatas,sama jalan ceritanya. Seorang yang pakar bidang lain tapi menghuraikan ilmu yang luar dari konteks penghususannya. Sama juga dari aspek pencarian maklumat dan pengetahuan untuk disampaikan kepada orang lain.

Cuma lihatlah reaksi dan feedback pendengar sosok tubuh pemberi maklumat bukan ulasan maklumatnya.

Ya,pemberi maklumat. Bukan guru atau pemberi ilmu. Ilmu dan maklumat jauh bezanya.

Baik. Inilah wajah sebenar dan realiti yang berlaku era ini. Terlalu banyak double standart dan diskriminasi dalam menilai.
Orang belajar agama sering di'anak tiri'kan,dan orang yang belajar medic,law,engineering diangkat kemuka masyarakat.

Kedua,
Seorang doktor tidak boleh sewenang-wenang menterjemahkan alquran melaluai kefahaman akademiknya semata.
Perlu berguru.

Ahli ekonomi atau peguam tidak boleh mengulas hadis nabi yang sarat dengan disiplin ilmu hanya dengan memetik beberapa hadis dan menerangkannya dengan penuh kepetahan hujah membolehkan diterima sebulatnya.
Perlu berguru.

Dan seorang ustaz yang mengaji agama juga,tidak boleh mengulas bidang ekonomi atau perubatan dengan berlandaskan beberapa kajian dan pembacaan ringkas sahaja.
Perlu berguru.

Ini adil.

Jika semua orang menumpukan bidang pengajiannya tanpa menyibuk hal bidang lain,dan percaya orang bidang lain itu melaksanakan tugas menyampaikan ilmu itu mengikut kepakarannya,alangkah damainya dunia keilmuan ini.

Dan,alangkah baiknya jika mata masyarakat boleh dialihakan dengan nada

"Wah..baguslah ustaz tu,walaupun dia ngaji agama,tapi dia cakna bab ekonomi dan bab lain..inilah agamawan yang kita mahu..!!"

Saya bukan ustaz mahupun ulama,tapi saranan saya bersikap adil lah dan jauhi diskriminasi.

#diskriminasi4.0

4/1/16
Markaz lughah,
Hayyu Sadis,
Cairo.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari