Dua Alam (Siri 4)


Kampung Beringin

Matanya berkelip-kelip,terasa berat sungguh seluruh jasadnya bagaikan dihempap batu besar.Perlahan-lahan kelopak mata dibuka,sakitnya tidak terperi. Tangannya digerak-gerakkan,kebas menyeliputi urat saraf kedua-dua tangannya.

“Ah..kamu dah sedar anak muda…”kata-kata itu menyinggah ke cuping telingganya.

Dia bingkas bangun,kepalanya sakit.

“Rehat dulu..kamu kecederaan itu…”Pak Kadir menenangkan Samir.

“Dimanakah aku sekarang…macam mana aku boleh ada di sini?”soal Samir kebingugan sambil memegang balutan di kepala.

“Seri yang bawa kamu kesini,dia kata anak orang luar, anak pengsan tadi..,apa nama anak?”Tanya Pak Kadir.

“Er..namakuSamir,aku pun tidak tahu macam mana aku boleh berada di kampong ini..”keluhnya.
“Tak apa-tak apa,Samir rehat dulu ya..,nanti pakcik ubatkan luka kamu itu..”

“Seri…datang sini nak…bawakan minuman,Samir dah sedar..”jerit Pak Kadir memanggil anak gadisnya.

Seri datang tersipu-sipu malu,kain batik menutupi kepala gadis rupawan itu,kejelitaannya amat menyenangkan mata yang memandang,langkah sopannya,meruntunjiwa yang lara.

“Kamu sudah bangun Samir..minumlah dulu,hilangkan kehausanmu…”ucap Seri sambil menghulurkan sebekas air minuman kepada Samir.

Telaga mata mereka berdua bertemu,masing-masing  memandang ke tempat apabila perasan akan mata yang bertentangan .

“Terima kasih ya…”ucap Samir kembali.

Samir hidup bersama Pak Kadir dan Seri di teratak yang terletak di hujung kampong dengan baik dan tenteram sekali. Pak Kadir mengambil Samir menjadi pekerjanya mencari akar herba hutan di kaki pergunungan,sebelah kampong mereka. Pak Kadir juga selaku ketua kampong berperanan besar menjaga keharmonian kehidupan di Kampung Beringin,hamper setiap hari ada sahaja aduan daaripada orang-orang kampong berkenaan pelbagai jenis ragam dan masalah.

Seri pula merupakan satu-satu anak gadis pinggitan Pak Kadir yang juga kematian ibunya seusia 10 tahun,dia hanya membesar dengan curahan kasih Pak Kadir yang berperanan sebagai mak dan bapa pada satu masa.

Seberadanya Samir banyak membantu meringankan tugas Pak kadir dalam mencari rezeki. Seawal fajar menyinsing dia sudah melangkahkan kaki untuk mencantas semak samun  masuk ke hutan tebal,mencari akar kayu herba.

“Pak…,Seri…saya pergi dahulu ya…”Samir berteriak darri luar rumah.

“Sebentar..sebentar…,Seri sediakan Samir sedikit bekalan…” Seri meluru ke arah Samir dengan membawa bungkusan nasi beserta air.

“Menyusahkan saja…terima kasih ya..mesti sedap ni..”Samir memuji.

“Mana adalah…sama-sama..pergi elok-elok ya..”merah muka Seri.

Samir melambai-lambaikan tangan kearah Seri,Pak Kadir yang berada
 di tangga rumah turut melambai ke arahnya. Dua insan yang sangat dia sayangi dan banyak berjasa kepadanya.Hanya tuhan mampu membalas kebaikan mereka.

Semak-samun dicantas sekuat kudrat tenaganya menggunakan parang,membuka jalannya didalam hutan liar yang penuh tumbuhan,dan berbagai-hidupan. Suasana di hutan itu sangat sunyi,hanya bunyi sang unggas yang baru menyengah sinar suria,bunyi cengkerik saling bersulam membuatkan suasana di sekeliling Samir semakin diulit kesepian . 

Samir terus mencantas ranting-ranting pokok yang menghalang jalannya,tidak semena-mena matanya terpancul melihat sebuah gua using yang tersergam di hadapannya. Selama dia bersama Pak Kadir danSeri mereka tidak pernah menceritakan akan keberadaan gua tersebut. Dia melangkah perlahan-lahan mendaki gua tersebut,suasana suram dan gelap menyelubungi gua tersebut.

  “Dahulu..Gua itu merupakan tempat dimana seorang dukun pernah mengamalkan ilmu hitam yang memuja semangat harimau saka bagi tujuan menjaga kampong ini, sewaktu itu orang-orang kampong belum faham agama, setiap kali purnama harimau saka itu akan meminta  korban  anak gadis kampong ini sebagai prasyarat menjaga keamanan Kampong Beringin ni..,dan diakhir riwayat bomoh itu, harimau saka itu sendiri membaham tuannya kerana gagal memenuhi kehendaknya…,dan sekarang harimau saka itu masih berada di gua itu..dan menjadi ketakutan orang-orang kampong untuk masuk kedalam hutan itu..,dan sehingga sekarang dia masih mencari mangsa untuk dijadikan korban..,itulah ceritanya Samir..”penjelasan yang panjang dan padat daripada Pak Kadir.

Pak Kadir menghirup secawan kopi panas dan membetulkan silangan kakinya.

“A’ah..begitu..Saya pun terperanjat tadi..sewaktu masuk kedalam gua itu,banyak tulang-tulang dan tengkorak manusia didalamnya…masih ada lagi tempat dan sisa-sisa pemujaan di kawasan dalm gua itu..”Samir pula bercerita pengalamannya.

“Samir..Pak Kadir nak bagitahu kamu satu perkara..” sambil menghilangkan sisa kopi dibibirnya.

“Ya,ya  saya..”Samir menumpukan perhatian.

“Pak Kadir sekarang sudah tua..,tenaga Pak kadir pun sangat terbatas sekarang, Pak Kadir lihat kamu sangat baik orangnya dan kamu ada ciri-ciri pemimpin yang baik..,jadi..jika saatnya Pak Kadir sudah tiada nanti..harapnya kamu boleh menjaga kampong ini terutamanya Seri..dialah satu-satunya anak Pak Kadir..”ucap pak Kadir sambil terbatuk-batuk.

“Harimau saka itu seringkali menggangu keamanan kampung ini,dan inginkan korban anak gadis,dan Pak Kadir harap kamu dapt melindungi Seri sepenuh hati kamu…”sambungnya.

Samir hanya menunduk,dia faham benar akan keadaan Pak Kadir sekarang yang amat mengharapkannya.

“Dan hanya orang yang betul ada kekuatan dan kuncinya sahaja dapat menghapuskan harimau saka itu…”Pak Kadir menambah.

“Apa kuncinya Pak Kadir?”soal Samir.

“Keazaman dan kepercayaan..,dan Pak Kadir yakin kamu punya kunci itu..”pak Kadir menepuk-nepuk bahu Samir.

“Saya kurang yakinlah Pak Kadir..” Samir merendahkan pandangannya ke lantai.

“Ya..tidak mengapa ,kamu perlu mencari kekuatan itu,Pak Kadir pun pernah jadi seperti kamu,dan Pak Kadir  dulu juga menjadi harapan kampong dan pernah menewaskan harimau tersebut,tetapi malangnya dia telah dihidupkan semua oleh bomoh keparat itu..”cerita Pak Kadir berapi-api.

“Baiklah…saya janji,doakan Allah akan membantu saya…”Samir mendapat kekuatan.

“Semoga Allah bersamamu ,anakku..”


                                      *************************************

Wad 3,Hospital Kuala Lumpur,

“Salamun qaulan min rabbi rahim..,wam tazul yauma ayyuhal mujrimun..” terdengar bacaan ayat suci Al quran menyinngah di cuping telinganya.Jari-jarinya digerak perlahan-lahan.

“Heih..mad asli tu kenalah panjang dua harkat…”bibir Umar bergerak.

Hafiz sedang membaca Yassin terkejut mendengar suara Umar.

“Umar dah sedar………..!!”Hafiz menjerit,satu bilik terperanjat dengan suaranya.

Semua meluru kearah Umar yang sedang terbaring di atas katil.Umar meggoreskan sesimpul senyuman.

“Umar kau dah sedar??”Zakiah menjenguk di hadapan muka Umar.

“Ya-ya,saya dah sedar dah la ni..kat mana saya sekarang?Apa yang jadi kat saya?”suaranya tersekat-sekat.

“Hisy…kau tahu dak,kau tu dah koma seminggu,tak sedarkan diri ,risau kami..”Hafiz meningkah.

“Seminggu?macam mana boleh aku koma,aku tak ingat lah…”Soal Umar.

“Kamu accident tempoh hari,accident teruk,tapi kamu hanya luka kecil saja..doktor kata kamu selamat..”Zakiah menjawab.

“Saya tak ingat apa-apa..”ucap Umar.

“Tak apa,kamu rehatlah dulu..,Hafiz kamu teman Umar ya..akak nak balik dulu..”Zakiah meluru kearah pintu keluar.

“Baik-baik..”Jawab Hafiz.

Tinggal dalam bilik wad itu Hafiz bersama Umar.

“Aku tak ingat apa-apalah Hafiz..”ucap Umar.

“Hmm…aku pun tak pastilah Umar..,aritu kau accident,berlanggar ngan sorang budak perempuan kat simpang Taman Anggerik dekat dengan flat MPPJ tu..,masa aku ke sini,kau dah terbaring..,seminggu lebih kau koma..”Hafiz menceritakan kondisi sebenar.

“Oh…yaka…macam mana ngan budak perempuan tu…?”soalUmar.

“Tak silap aku..budak tu masih koma jugak,kau ja yang baru sedar..”Hafiz menyambung.

“Hmm..begitu…”Umar menghela nafas panjang.

“Umar…orang kata ,kalau koma lama-lama ni orang kata roh kau pergi merata-rata…,kau ada mimpi apa-apa ka?”Hafiz memulakan topic bualan mengisi ruang kesunyian.

“Oh..hmm…aku pun tak pastilah..tapi..memang aku ada mimpi macam-macam,aku Cuma teringat sedikit sahaja..”

“Tak apa kau ceritakan jalah..”

Umar menceritakan mimpi nya kepada Hafiz, Hafiz hanya mengangguk,tanda dia faham, Cuma ada kekadang dia melepaskan ketawa kecil mendengar kisah mimpi daripada Umar.

 “Aku pun rasa demikianlah…,aku merasakan juga ada petanda sebalik kisah mimpi kau ni..”

“Tapi..tak apalah..kau rehat dulu..nanti aku belikan kau air minuman ya…”Hafiz bangun dari bangku.
Perbualan mereka berhenti setakat itu sahaja., 

Umar pun turun daripada katil,meluru kearah bilik air untuk mengambil wuduk dan terus menunaikan solat.

Setelah beberapa hari berada di hospital, tiba harinya Umar dibenarkan pulang ke rumah,lukanya pun sudah pulih sepenuhnya. Segala barang-barangnya dikemas untuk di bawa pulang, Hafiz turut membantu mengemas dan membersihkan kawasan katil Umar.

“Umar…,Sofea hantar mesej..,dia kata dia mintak maaf sangat dengan kau..dia malu datang ziarah kau..kenapa ya..?”

“Tak ada apalah…nanti aku ceritakaan kemudian..”jawab Umar.

“Hmm..Hafiz,budak perempuan tu camna ya…,budak yang accident dengan aku tu..?”

“Oh..budak tu koma lagi..aku pun pelik,doktor pun tak tahu apa penyakitnya..,sudah hamper dua minggu dia tak sedarkan diri,dia di Wad 5..” Hafiz sudah mendapat maklumat itu setiap kali dia pulang melawat Umar.

“Jom kita ke sana ,mungkin kita boleh membantu…”Umar memberikan idea.

Setibanya mereka berdua di muka pintu bilik A506,terdapat beberapa orang didalam bilik tersebut.

“Namanya Zahra,anak Datuk Mustafa…,”Hafiz membisik perlahan di cuping telinga Umar.

“Assalamualaikum…”Hafiz memberi salam kepada orang yang ada dalam bilik tersebut.

“Waalaikumusalam..oh..Hafiz..”Datuk Mustafa menyambut.

Nampak benar mereka sudah lama berkenalan.

Umar terpandang wajah gadis yang sedang koma bernama Zahra itu.Dia terpaku,memorinya mendakap mindanya.

“Umar…”Hafiz mengibas-ngibas tangan di depan muka Umar.

Umar tercegat.

“Datuk…ini Umar..kawan saya yang saya katakan accident bertembung dengan anak datuk tu…”Hafiz memberi penjelasan.

“Oh…inilah…Umar..maaflahUmar,sebab anak pakcik kamu turut kemalangan..”Datuk Mustafa mendakap tubuh Umar.

Umar hanya mengangguk.

“Tak apa,tak apa …,saya pun dah terlupa macam mana boleh accident tempoh hari..,dan takdir Allah mesti ada hikmahnya..”Umar membalas dengan rendah hati.

“Datuk..apa cerita Zahra?”Hafiz bertanya.

“Pak cik kan dah kata ,jangan panggil datuk..,hmm..baru ni ada sorang ustaz datang..,dia kata Zahra masih terkunci dalam mimpinya, pak cik pun tak paham sangat..dia kata dia tak mampu nak rungkaikan..kerna dia tak ada kuncinya..”datuk Mustafa menceritakan.

Hafiz dan Umar  mengganguk tanda faham akan penjelasan Datuk Mustafa.

Mata Umar yang masih terpana dengan wajah Zahra tersentak,sesuatu menyanggah mindanya.Mindanya masih menggapai sesuatu memori yang jauh.

“Hmm..mimpi…,Umar kau boleh bantu apa-apa dak..?”Hafiz memalingkan wajahnya kepada Umar yang masih memikirkan sesuatu.

“Kepercayaan dan keazaman..”Umar menyambut.Ingatannya kembali membina jalan memori.
Hafiz dan Datuk Mustafa pelik dengan jawapan spontan Umar.

“Ya..itulah kuncinya..saya rasa saya boleh tolong…”jawab Umar denagn yakin.
Umar meluru ke arah katil Zahra,gadis itu masih tidak sedarkan diri.Hafiz dan Datuk Mustafa turut mengikut di belakang Umar.

“Hafiz,ambilkan kain tuala dan sebekas air..”pintaUmar.

Hafiz akur,dia sudah beberapa kali menolong Umar dalam perkara-perkara sebegini.Dia yakin Umar ada keistimewaannya sendiri untuk membantu Zahra,dan dia sudah lama perasan akan kepelikan pada diri Umar saat hari pertama perkenalan mereka.

Sehelai kain tuala dan sebekas air dihulurkan kepada Umar. Umar mencelupkan kain itu kedalam air,kemudian diperahkan, diulangnya beberapa kali sambil disulam dengan bacaan ayat suci al-quran,beberapa potong ayat ruqyah di sebut,kumat-kamit mulutnya membaca.

“Pak cik saya minta izin ,sentuh anak pakcik dengan alaskan kain ini..”Umar meminta izin.
Datuk Mustafa menganguk tanpa dia tahu apa yang berlaku.

Dia akur,sudah banyak bomoh dan ustaz sudah mencuba untuk mengubati anaknya,dan setiap daripadanya gagal,dan dia masih meletakkan harapannya kepada sesiapa yang boleh menyembuhkan anaknya.

Umar meletakkan tangannya di atas dahi Zahra dengan beralaskan kaintuala.Umar memejamkan mata,mulutnya masih basah denagn bacaan ayat ruqyah.

“Hafiz..kalau aku rebah,kau papahkan ya..”ucapnya.


bersambung...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari