Bumi Bersumpah



Mesir.
Bumi yang bersejarah.
Tanah bersumpah.

Itu sahaja yang dapat aku gambarkan tentang suatu unsur paranormal dan spritual yang bersemadi di setiap reluang tanah dan segenap sudut jiwa para azhari di sini.

Ya, orang yang bermukim untuk menegelamkan dirinya disini akan dapat merasai serakah sumpahan itu. Termasuklah aku.

Bagaimana?

Begini.

Jika dari Malaysia engkau seorang yang minat sukan bola sepak, disini kau akan laburkan duit beli tv plasma, sanggup langgan channel siaran bola sedunia walaupun dengan harga yang mahal,semata nak layan minat kau.

Di sini tempat dimana bersuburnya minat.

Jika dari Malaysia engkau minat main game PC atau PS, engkau sanggup korbankan duit belanja bulanan kau beli set kelengkapan game dari Pc, keybord, joystick, cd game, download game internet dan sebagainya semata puaskan minat kau disini.

Di sini tempat dimana bersuburnya minat.

Jika engkau dari malaysia suka bergambar berselfie dan berjalan siar, engkau akan luangkan banyak masa untuk merantau ke negara-negara seberang mesir atau negara eropah,atas nama 'young backpakcers',dan tak lupa juga pasti ber'gb'2 memori gambar dan video akan bersemadi di setiap tempat kau lawati. Tentang duit,tiada masalah bagi kau walaupun kau terpaksa berikat perut.

Di sinilah tempat dimana semakin bersuburlah minat kau.

Jika dari malaysia engkau minat politik,dari pacak bendera,angkat sepanduk demonstrasi,hinggalah berdebat,berdalil dalul, dan macam-macam aktivas kau.Di sini kau akan habiskan masa kau dengan dengan urusan arus politik mesir,sibuk kira jumlah kerusi parlimen,selidik berapa peratus penguasaan blok pembangkang,berapa blok kerajaan, kau meramal apa yang akan jadi pilihan raya akan datang,kau semak data pemilih, kau herdik kumpulan yang tak searus fikrah dengan kau, hingga sanggup demontrasi tunjuk perasaan sebab orang kerajaan datang tumpang tandas di jamaah kau.

Di sinilah tempat suburnya minat kau.

Jika dari malaysia engkau minat berqasidah, di sini kau akan banyak ikuti majlis-majlis maulid,majlis zikir di masjid,sahah mahupun di bilik kau sendiri,engkau akan sentiasa bergelumang dengan alunan puji nabi dan selawat pada baginda. Dan mungkin kau akan utamakan majlis qasidah dari menghadiri kelas tafaquh ilmu yang bersusun-susun,kerana kau lebih minat mengalunkan nasyid dan pujian kerana suara kau lunak dan beralun dari mendengar petah bicara guru-guru yang lunak suara ilmunya,dan kau,kau hanya mendengar.

Di sini tempat bersuburnya minat.

Jika dari Malaysia engkau sudah berkenan pada seorang wanita,di sini,kau akan korbankan 20 jam dari masa sehari kau untuk mengadap fon, reply mesej 'crush','madu'',dan macam-macam istilah untuk melayan dia,pujuk masa dia merajuk,lapor harini kau masak apa,dan tak lupa ucapkan 'Lailah Saedah' setiap malam. Waktu kelas talaqi,kau sanggup tinggalkan atas alasan perlu utamakan 'relationship goal' kau dari 'studies goal' sebenar kau sebab kau datang ke mesir ni. Dan kau akan tak terasa walaupun 10gb sekalipun kredit data yang kau langgan,dan duit kau untuk itu terasa ringan dari duit yang nak dikeluarkan untuk beli kitab walaupun tak sampai 15le.
Jika tak terlepas juga dugaan 'taqdim mentaqdim' ikhwah dan akhowat dan jika pasangan kau ada disini sekali,pecayalah jumpa dating itu perkara yang mudah tapi dengan gaya islamik dan alasan ilmiah kau.
Tidak hairan lah jika,kau termasuk dalam list ngaji tak sampai setahun di sini dah balik malaysia sebab nak kawin.

Di sinilah bersuburnya suatu minat.

Dan jika engkau dari Malaysia minat mengaji, di sini,kau akan masyghul ngan ilmu,kau akan jadi tamak dengan ilmu, kau akan rasa tak selesa jika sehari kau tak mengadap guru untuk bertalaqi,kau akan rasa berkobar sanggup korban duit berjalan jauh,semata dapat tahu ada majlis bersama ulama besar walaupun hanya majlis sima' sahaja,kau akan cemburu tengok kawan kau pergi kelas talaqi banyak dari kau,kau akan laburkan duit tak kira masa untuk beli kitab walaupun kitab itu kau tak baca kerana dalamannya minat kau pada penulisnya, kau akan tak kisah balik lewat malam,tak makan,semata baru balik dari kelas,tak cukup itu, masa lapang kau kau akan isi dengan mengulangkaji pengajian dengan mendengar rakaman kuliah masyaikh, dan kekadang kau dengan earphone ditelinga dan syeikh hanya ceramah seorang diri di telinga kau dan kau terlena.
Begitulah hidup kau seharian dan kau suka dan selesa begitu kerana itu minat kau.

Dan di sinilah tempat dimana suburnya suatu minat.

Sahabat-sahabat,
Pilih minat yang sesuai dengan anda sebelum terlambat.
Kerana bumi ini bersumpah.
Dan di sinilah tempat dimana suburnya sesuatu minat.

10/1/16
Darrasah,
Cairo.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari