puisitepitingkap#5


Ketika Tasbih Bercinta



Menari.

Ikut rentak melodi.

Tak berhenti.

Terus berpusing, berputar.

Tenggelam dalam lembah keasyikan.

Terus berpusing,berputar.

Khayal dalam kehibaan.

Linang mutiara meniti jaluran pipi,

Terus berpusing,berputar.

Tika.

Terjatuh terpunduk.

Terduduk tertunduk,

Lelah nafas ditarik sedalamnya.

Dada berombak memukul bertalu,

Tercungap.

Terasa beban mengisi ruang rongga jasad.

Berat.

Sempit.

Cungapan juga belum berhenti tapi sudah mula reda.

Mata diketap kejap.

Bercucur linangan tanpa henti-henti.

Melupakan bahana sedang memakan akal cerdas.

Tenang sekejap.

Jari mengusap pipi yang basah.

Akal yang tenang mula memujuk jiwa yang gelora.

Tenteram mula menguasai daerah jiwa.

Tangan ditanah digenggam padat.

Duduk asalnya bersimpuh,bertukar sila.

Sila bertukar pasak.

Pasak memasang langkah.

Langkah terus berlari.

Mengusung mimpi.

Rentak kaki semakin berkobar.

Degupan jantung kian berdebar.

Mencapai sinaran harapan di penjuru kegelapan.

Semakin dekat.

Semakin hampir.

Hanya beberapa tapak.

Tiba selangkah.

Sinar semakin melebar.

Dan menebarkan cahayanya.

Menghapuskan sisa kesedihan.

Menerjah ke ruang pelosok jiwa.

Menyirami hati yang ketandusan.

Aku mula mendapat keyakinan.

Memberi aku secebis harapan.

Aku sedar sekarang.

Aku ada tuhan.

Dan tuhan tidak pernah sirna akan pandanganya kepada ku.

Terima kasih tuhan.

30/1/16
Darrasah,
Cairo.
#dipengakhiransyitaa
#6°c


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari