AL: Ekspedisi Nafs (Siri 2)

                                                            USAMAH

Dataran Terbuka Unversiti Kerchi,2012

“Hidup-hidup....hidup mahasiwa..”

“Tumbang-tumbang...tumbang kezaliman...” teriak Usamah.

“Hidup-hidup...hidup mahasiswa....tumbang-tumbang...tumbang kezaliman..”sambut orang ramai.

Para peserta demonstrasi berteriak dengan kobaran semangat yang mendadak bagi menyatakan bantahan mereka pada pihak Universiti yang menaikkan yuran para mahasiwa dan tidak menunaikan hak mahasiswa. Hampir ribuan mahasiswa dan mahasiswi berhimpun di hadapan dataran banggunan pejabat  Yang Dipertua Naib Canselor.

Usamah yang didukung terus berucap sambil memegang pembesar suara di tangan kirinya.

“Sahabat-sahabat sekalian...berhimpunnya kita pada hari tidak lain tidak bukan adalah untuk menyatakan bantahan kita kepada pihak universiti yang tidak ambil berat dengan kebajikan mahasisiwa dan mahasiswi disini...,dan seberadaannya kita di sini untuk menuntut hak kita yang dizalimi dan marilah kita sama-sama menumbangkan kezaliman...,takbir...!!!!”ucap Usamah dengan penuh semangat.

Sambutan takbir bergema dari seluruh peserta demonstrasi mengamit suasana hangat hari itu yang menghampiri waktu kemuncak. Tidak cukup ada yang menaikkan poster dan kain rentang dengan pelbagai tulisan dan ayat bantahan bagi menyatakan hasrat mereka kepada pihak berwajib.

Tepat jam 1.30 tengahhari,semua peserta demonstrasi bersurai. Masing-masing pulang ke asrama dengan berbekalkan semangat yang masih tersisa dan keazaman yang tinggi dan harapan yang yang tidak akan pudar agar pihak  universiti ambil cakna akan tuntutan mereka.
Begitu jugalah Usamah.

Usamah Yasir, umur 24 tahun, tahun ketiga Jurusan Ilmu Wahyu, penuntut di Universiti Islam Kerachi. Berjawatan tinggi dalam Majlis Perwakilan Pelajar Islam, seorang aktivis persatuan dan menjadi ikon pimpinan universiti.

Usamah seorang yang sangat berpengaruh di universitinya, kalam pidatonya menjadi kegerunan ahli lawannya, setiap patah perkataannya ditunggu-tunggu para pengikutnya, kobaran ucapan mampu membentak jiwa yang tidur, semangat juangnya untuk keadilan mengelapkan mata kezaliman,membisukan mulut pengkhianat.

Ya itulah susuk tubuh pimpinan yang menjadi ikon di universitinya. Cuma kelemahan pada dirinya adalah keegoaan yang sangat tinggi, tiada istilah mengalah dalam hidupnya, apa yang dicakap semuanya adalah betul, semua keputusannya adalah tepat dan tiada siapa yang berhak menegur dan mengubahnya. Itu caranya.

“Usamah...betul ke keputusan kau ni,nak ubah strategi...?”soal Fauzan sambil mengaru kepala.

“Ya,aku yakin dengan keputusan ni, kau  tak yakin ngan aku ka Pojan..?” Usamah menimbulkan persoalan yang membentak keraguan Fauzan.

Usamah juga terkenal dengan pandangannya yang jauh dan kekadang menjangkau pemikiran orang lain,dan idea yang pelik dan luar biasanya itu kekdang membuahkan hasil yang tidak disangka-sangka.

“Tapi Usamah...haritu keputusan syura kita kan lain dan stay dengan cara dan strategi sebelum ni...”Fauzan cuba mengelat.

“Ceh...peduli apa aku dengan keputusan syura, aku ada kuasa veto sebagai presiden..”Usamah mula mengangkat hidung.

“Yalah Usamah..tapi kita ada adab dalam berjemaah..”sambung Fauzan.
“Sudah...aku tetap dengan keputusan aku, korang tak nampak apa yang aku nampak..ini soal kebaikan jemaah kita juga...” Usamah bangun dari kerusi di bilik mesyuarat. Keegoaan membutakannya dalam mematuhi adab dalm menguruskan organisasi terutama dalam jemaah.

“Terpulang pada kau lah Usamah...”Fauzan mengeluh.

“Sampaikan semua ahli kita mensyuarat malam ni di tempat biasa...”arah Usamah kepada setiausaha kerjanya Fauzan. Terus keluar dari bilik sambil menghempas pintu.

Fauzan hanya menggelengkan kepala melayani kerenah ketuanya. Ya, itulah sikap buruk yang ada pada Usamah, dia sudah lali dengan perangai sebegitu. Tapi dia tahu Usamah ada matlamat dan visi yang jelas untuk membawa organisasi mereka terus established dan menjadi pendokong utama gerakan pelajar di universitinya.

Persatuan Mahasiswa Hadhari  merupakan antara persatuan yang paling berpengaruh dalam mencorak sosio budaya para penuntut di Universiti Islam Kerachi. Jurang politiknya melangkaui kuasa pentadbiran universiti dalam mendapatkan sokongan para penuntut. Banyak program-program yang dianjurkan untuk menarik minat para siswa dan siswi kepada islam, dakwah dan tarbiyah, dan selalunya program-program serta aktiviti yang mereka adakan akan mendapat sambutan yang mengalakkan.

Antara program terbesar yang diadakan ole(PMH)  adalah program ceramah oleh penceramah terkenal Ustaz Don Dani  yang bertajuk ‘Antara Nikah dan Ijazah’ mendapat sambutan luar biasa dari seluruh penuntut kampus.Kehadiran melangkaui ribuaan orang termasuklah orang luar yang turut hadir bagi mendengar perkongsian dari penceramah jemputan. Para hadirin juga dihiburkan dengan alunan burdah dan Qasidah oleh kumpulan Al-Maulid yang membarisi artis-artis yang terkenal.

Semuanya adalah cetusan idea dari Usamah sebagai Presiden baru, yang baru satu penggal memegang tampuk Majlis Perwakilan Pelajar di Universiti Kerachi. Perubahan gerak kerja dan program dilaksanakan bagi menyegarkan aktiviti dakwah agar mad’u akan merasai kenikmatan tarbiyah denagn lebih berkesan dan efektif.

Aura perubahan sememangnya dirasai oleh mereka dibawah pimpinan Usamah,kebajikan para penuntut pun dijaga dan diperjuangkan.

“Sahabat-sahabat ku,pemilihan kalian untuk memberatkan aku dengan amanah ini,akanku tanggung dengan penuh dedikasi,perubahan akan tercetus,hak kalian akanku perjuangkan,insyallah aku akan pastikan kehidupan kita akan lebih sejahtera disini...”masih segar manitesto Usamah sewaktu pemilihan presiden pada Pilihan Raya Kampus kira-kira 5 bulan yang lalu.

Pidato penuh bersemangat oleh Usamah seperti Dato bandar itu mendapat sorakan hadirin yang berkumpul selepas pengguguman keputusan pilihan raya. Usamah mendapat undian majoriti tertinggi mengalahkan pesaing-pesaingnya dan mendapat undian sebagai presiden dengan kemenagan yang besar.

                                                             ********************************************

Usamah membuka loker ,terdapat envelop dicelah antara susunan bukunya.

“Aisy...surat apa ni...”keluh Usamah keseorangan.Usamah membuka lipatan envelop putih kosong yang hanya dihias dengan tulisan dakwat hitam.

Kepada; Al-Akh Usamah

Dia terus mengeluarkan sepucuk surat dari envelop putih itu.

____________________________________________________

Kepada akhi Usamah,
Kau ibarat matahari yang yang menerangi hidupan serta insan yang kebekuan di kala malam hari,memberi sinaran harapan,kau ibarat bulan purnama di malam hari memntulkan sinar yang tidak pernah sirna dan mengubati rindu akan sang mentari yang berehat di kala waktunya..
Aku berasa kerdil sangat dibandingkan dengan akhi,tapi kecintaan ini tidak tertanggung dikala melihat akhi hanya dari jauh,jiwaku ini tidak tertahan kerinduan pada akhi,akhi adalh muslimin dambaan hatiku,setiap hari pasti ada bayangan akhi di benakku,hadirnya tidak diundang hilangnya tidak dipinta
Tapi ketahuailah,perasaan yang terpendam ini aku telah aku luahkan isinya dalam warkah ini.Tiada pengharapan dariku untuk cinta in berbalas,tpi cukup sekadar akhi ketahuai akan isi hatiku.

                                                                                                                                                     Setulus cinta padamu,
                                                                                                                                                    ZALIKHA

____________________________________________________________

Usamah menepuk dahinya,dia meronyok kertas di tangan.

“Tak habis-habis lah budak-budak sekarang ni..,tahu nak bercinta ja..,tak ada kerja lain,datang sini nak   belajar,nak jadi matang,bukan main cintan-cintun macam ni...,macam mana siswa nak maju?”Usamah merepek seorang diri.

Pegangannya tetap,pandangannya skeptikal, tiada urusan peribadi dalam urusan kerjanya dan belajarnya. Perkara ini sudah acap kali berlaku padanya. Layangan, sepitan, tinggalan surat cinta seperti ini menjadi kebiasaan baginya, dan setakat ini tiada satu pun dibalasnya, malah terus dironyok dan dibuang. Ini bukan soal keras hati atau tidak romantik atau tidak open –minded, tapi ini soal pendirian, dia tidak akan korbankan masanya hanya untuk melyan perasaanya pada wanita.

“Kenapa Usamah?mengeluh sorang-sorang..” Hafiz menepuk bahu Usamah dari belakang. Hafiz merupakan rakan sebiliknya dari semester pertama mereka belajar di situ. Hafizlah menjadi rakan bual dan tempat dai meluahkan perasaan yang dimana kebanyakkan orang tak tahu. Di luar Usamah seorang yang gagah seperti singa yang mengaum mengerunkan seluas rimba,tapi sebenarnya dia hanya seekor pipit kecil yang begitu halus hati dan perasaanya.

“Macam biasalah Man..tak abis-abis surat cinta..penat aku..”keluh Usamah.

“Alah kau ni..macam aku tak kenal kau, tak yah lah sampai dalam bilik pun kau nak jadi ‘singa’ kau tu, aku tau lah kau tersentuhkan..?”Hafiz mengusik,dia paham benar isi hati Usamah disebalik topeng kentalnya.

“Mana ada...pandailah kau tu...”Usamah terus mencapai tuala dan terus ke bilik air.

Hafiz menggapai ronyokan kertas dilantai.

“Usamah..........aku kenal budak ni...dia semester tahun satu....,nanti aku kirimkan salam kau pada dia ya...”Hafiz melaungkan suaranya untuk didengar Usamah dalam bilik air.

“Janganlah.................”jawab Usamah melirit.

Suasana sunyi seketika. Kedua-dua saling tidak berbalas.

Hafiz memasang telinga seolah menunggu suatu jawapan.

“Hmm.....jangan sampai orang lain tahu, aku cuma raikan dia ja..tak mahu dia kecewa..”Usamah tiba-tiba bersuara.

“Hahahaha..haha...,cara mau ada...macam tak kenal kau...”Hafiz berseloroh.

“Jangan lebih-lebih,paham...”sambungnya.

“Yalah...aku tahulah..aku jaga nama kau juga...”Hafiz menyimpan kertas dironyok tadi didalam poketnya.

                                                           **************************************************

Seminggu kemudian,seperti biasa,rutin biasa ,untuk ke kuliah.Usamah menyiapkan dirinya macam biasa.

“Usamah,kau tahu nama kau sekarang menjadi buah mulut pentadbiran universiti sebagai seorang pemberontak,gara-gara kau ketuai himpunan solidariti tempoh hari...”Hafiz membuka cerita.

“Hmm...peduli apa aku, aku buat menda betul,aku cerita benda betul, pihak universitilah yang zalim...,keadilan perlu di tegakkan..”tegas Usamah.

“Yalah...tapi nanti bahayakan kedudukan kau, akademik kau..kesian kat mak ngan ayah kau, kau tahu kan mainan politik kat universiti ni macam mana...”pesan Hafiz.

“Yalah-yalah,aku tahu lah...”Usamah mengetap bibir bawahnya.
“Aku pesan ja...  ok lah..aku gerak dulu ya...””Hafiz mencapai beg galasnya dan terus beredar.

Usamah hanya mengangguk tanda dia menerima teguran sahabatnya itu.

Usamah  mendapatkan lokernya seperti biasa. Apabila dia membuka pintu loker,satu pucuk envelop putih jatuh dari lokernya.

“Takkan surat cinta lagi...tak surat cinta surat ugutan...”bisik hatinya.
Itu memang lumrah kehidupan sebagai seorang pimpinan sepertinya. Dia sudah lali dengan luahan persaan cinta dari orang yang dia sendiri tak kenal dan juga surat amaran atau ugutan dari pihak yang dia juga tidak tahu pemiliknya.

Usamah  membuka perlahan-lahan.Melakukannya dengan penuh cermat dan hemat.

Sebentuk cincin jatuh dari envelop itu,menghampiri kaki kirinya. Silauannya memedihkan mata Usamah. Dia mengenggam cincin itu.

“Cincin emas?Tak akan ada orang nak minang aku kot...?”Usamah berbisik..

Dia terus membelek cincin itu.

Tatkala dia membelek cincin itu,terdapat satu tulisan di bahagian dalam cincin itu.

“Eh..ada tulisan..apa ni...?”TimiUsamah bermonolog sendirian.

Bersambung.....

Sedutan Siri 3
.
.
.
Amru menekan punat  menu. Dahinya berpeluh,begitulah keadaannya setiap kali mendapat pesanan ringkas seperti ‘wahyu’ berbentuk ungkapan tersirat yang menandakan misi tugasannya.

Amru terus membasuh tangannya yang masih berbaki kesan makanan cepat-cepat tetapi masih tenang.

“Eh..Encik Amru,dah abis makan ka?” soal Cikgu Hidayah.

“Errmm…maaf banyak-banyak cikgu,saya ada perkara urgent ni…,tolong jagakan Ain ya,esok pagi saya datang ambil..” Amru terus bergegas keluar rumah.

Amru terhenti di pintu rumah.

“Ain,jaga diri elok-elok ya,jangan nakal-nakal,I luv you..”Amru memberi flying kiss.

Ain hanya terlopong melihat gelagat ayahnya,tapi dia sudah biasa begitu.

“Bye ayah..i miss you..muah…” Ain turut melakukan perkara yang sama.

.
.
.
@sanghikam @hakimAlAzhariy

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari