Seminggu Berhibernasi

Alkisahnya, bermula 28 Ogos lepas, secara rasmi kebanyakan kelas pengajian talaqi telah dijedakan untuk memberi laluan kepada cuti sempena Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelang tiba.

Jadi, bermula hari itu, yakni hari Ahad, aku cuba ubah rutin harianku yang aktif menjadi pasif secara 180˚ darjah. Selama seminggu itu, aku memerapkan diri aku di dalam bilik dengan mood hibernasi setelah sememangnya agak keletihan hari-hari aku pergi balik kelas, mengadap buku, menghafal matan, murajaah, muzakarah dan lain-lain lagi.

Jadi mood Hibernasi ini aku aktivatekan dalam tempoh seminggu ini.
Konon-konon nak berlepas diri dari dunia ilmu dan belajar.

Apa saja yang aku buat?

Hah..sini aku storykan..

Aktiviti paling dominan tentulah melenyakkan badan ke tilam empuk. Itu tak aku nafikan, sememangnya aku rehat *gila-gila* seminggu tu.

Lepas bangun tidur, aku mengadap laptop, dan 'manfaat'kan sebetulnya internet yang kadang timbul kadang tenggelam akibat pertembungan gelombang-gelombang radiasi seluruh imarah.

Firts sekali, aku habiskan episod anime kegemaran aku Boruto dari episod 1 sampai yang latest episod 21. Tak sangka kongflik bertambah kompleks apabila Sarada Uchiha, anak kepada Sasuke Uchiha dan Sakura mendapat tahu bahawa Sakura bukan ibu kandung sebenarnya, malah menemui bukti DNA bahawa ibu sebenarnya adalah Karin, iaitu teman seangkatan Sasuke semasa waktu muda dahulu. Ternyata teka teki Sarada sebelum terjawab kerana mukanya tidak menyerupai Sakura, tetapi menyamai wanita berkaca mata dan berambut merah sepertimana dalam gambar yang dia temui. Apakah yang akan jadi seterusnya? Sama-sama kita tunggu..

Selepas tengok Boruto, aku mula mencari movie-movie anime yang High Rated/Top Viewed di laman sosial. Sudah semestinya kualiti ceritanya amat bagus, jadi aku terus meneroka. Sepanjang seminggu, aku sempat tonton dua movie saja, iaitu 'Silent Voice' dan '5 Centimeter per second'. Kedua-keduanya bergenre romance, yakni ala-ala kisah percintaan. Yang penting bukan kisah cinta monyet macam cerita Jam 7 Akasia, tapi memaparkan plot cerita percintaan yang kompleks, menyentuh persoalan pengorbanan cinta jarak masa, falsafah di sebalik naluri manusia, sejarah silam yang menghantui hidup, pemberontakan jiwa dan sebagainya. Akhirnya, sang sutradara menamatkan kisahnya dengan pelbagai pertanyaan untuk penonton berfikir atas resolusi yang dibawa dalam movie itu.

Nice job!!

Selang-selang menonton movie yang panjang-panjang dan ke'jiwang'an itu, aku hiburkan hati menonton antara klip kegemaran aku 'Just For Laught'. Sememangnya klip itu prank orang, tapi memang sangat menghiburkan walaupun hanya berdurasi 6-7 minit setiap klip. JFL ini adalah rancangan untuk prank orang awam dalam pelbagai dan variasi cara, dalam bentuk minta pertolongan kemudian dikhianati, penganiyaan kepada kaum tua dan kanak-kanak, kehormtan kepada golongan autoriti dan sebangainya. Yang menariknya, sememangnya ia menunjukkan nilai bahawa manusia ini nalurinya suka menolong walau apa cara sekali pun.

Btw, amat menghiburkan.
Antaranya lagi, klip 'Britain Got Talent' dan 'Blind Voice'. BGT ini rancangan realiti yang mencungkil bakat-bakat terpendam rakyat Britain yang hadir dengan bermacam-macam jenis bakat dan rupa, ada penari ballet, ada magician, artist, penyanyi, komedian, breakdancer dan banyak lagi.
Yang menariknya adalah bagaimana mereka begitu menghargai setip bakat yang ada walaupun ia sangat tepencil, namun sangat unik. Adapun part paling touching adalah apabila peserta diberi 'saguhati' Golden Buzzer oleh salah seorang juri bagi memberi kuasa veto untuk terus ke final tanpa ulasan juri lain, dan sejujurnya ia sangat menyentuh dan memotivatekan.
BV pula rancangan realiti nyanyian yang mengunakan konsep lain dari yang lain, para juri diterbalikkan kerusi mereka dan para peserta bernyanyi tanpa diketahui identiti mereka. Yang mengujakan adalah reaksi para juri yang menghayati lirit nyanyian dengan sepenuh jiwa, dan sampai kekadang timbul reaksi passion mereka untuk melihat pemilik suara itu, dan jika mereka tak tertanggung, barulah mereka menekan button di kerusi, dan ia akan berpusing menghadap peserta sekaligus menandakan ' I Want You'.
Sangat menghiburkan.

Apa lg yang aku buat?

Untuk seimbangkan emosi dan intelek aku, aku buka juga video-video debat di page Fakir Ilmu, sejujurnya ia sangat bermanfaat, bagi aku, kebanyakan videonya diambil dan ditranslate dari video debat antara pelbagai jenis ideologi anutan dan agama-agama di suatu tempat yang diberi nama Speaker's Corner. Yang paling best adalah debat antara seorang pengkaji Teori Darwin seorang muslim, Suboor Ahmad, membedil kaw-kaw seorang penganut Ateist yang ternyata sangat daif dalam berhujah, malah tanpa segan silu mereka-reka istilah-istilah baru untuk menunjukkan dia serba tahu, tetapi dipatahkan dengan mudah oleh Suboor. Ada antara tajuk debat yang hangat adalah bab Human Right, LGBT, asal usul manusia, debat interfaith dan sebagainya.

Serius sangat digalakkan untuk ditonton.

Selain itu, aku juga luang masa berkenalan dengan teori ' Quantum Physics, teori 'Energy' dan beberapa ilmu sains yang mungkin akun dapat manfaatkan di masa hadapan. Semuanya atas bantuan youtube.

Di akhir-akhir tempoh hibernasi ini, aku terasa rindu kat negara tercinta, then, aku temui video tentang pelancong asing dari pelbagai negara membuat review tentang 'What I miss about Malaysia' dan beberapa video pelajar Malaysia yang menetap study di oversea. Secara rawak, antara faktor-faktornya ialah pertama People and Diversity, tak disangkalkan lagi ia memang faktor terpenting dalam membentuk negara bangsa Malaysia, iaitu perpaduan kaum yang berbilang yang saling merai pelbagai budaya dan adat resam. Kedua Food. Ini juga menjadi tarikan pelancongan serta membuatkan sesiapa saja akan merinduinya. Paling femes Roti canai dan Nasi lemak, itu yang sering di ucapkan reviewer. Dan yang ketiga Warm Condition. Ini membuatkan para mat saleh tergila-gilakan Malaysia, kerana iklim di negara khatulistiwa adalah paling terbaik di dunia. Kalau kita entah lah. Tapi serius aku rindu rintik-rintik hujan. Huwaa..

Setakat itulah yang sempat aku explore sepanjang seminggu hibernasi aku di dalam bilik. Ada juga kekadang kalau lapang, aku buka radio Klasik fm atau Sinar fm untuk sebagai halwa telinga ketika membaca buku atau sebelum tidur. He he...

Harini aku dah keluar dari hibernasi dan berada di Asrama Kedah Hayyu Asyir untuk bantu ibadah korban.

Insyallah aku akan share pulak sisi pandang aku tentang ibadah korban ni..

4/9/17
ADA2
Hayyu Sabiek,
Cairo.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari