AL: Ekspedisi Nafs (Siri 3)

                                                             NICK AMRU

KECHAK!!. Laras pistol ditarik.

Sekarang pistol Ammo M16 berada di hujung kepala Ariel. Ariel duduk dalam keadaan bertinggung dan diikat kedua tangannya dibelakang, matanya ditutup dengan perca kain. Seluruh badannya basah dengan peluh gemuruh. Dahi dan muka Ariel juga bengkak dan lebam akibat dipukul dan dihentam keras oleh individu yang tidak dikenali.

“Kau siapa sial..?? Apa masalah kau,kenapa tangkap aku,apa salah aku..??” jerkah Ariel kepada orang yang berada di hadapannya.
Suasana sunyi.

Ariel sudah tahu nyawanya sekarang berada di hujung tanduk.
Tapi pikirannya masih runsing apa sebab dia ditangkap sejak petang tadi dan dibawa ke tempat yang tidak diketahuai dan manusia-manusia yang tidak diketahuai identity mereka. Sekadar ingatannya,kepalanya dihantuk dengan  objek keras dan kemudian dibawa oleh beberapa orang  berpakain hitam ,menaiki sebuah van dan ditempatkan di tempat diia berada sekarang.

“Apa nama kau..?”suatu suara garau muncul bersama nafas kering betul-betul dimuka Ariel.

“Mampus kau lah bastart!!!,kenapa kau tangkap aku…??” Ariel membentak tanpa mempedulikan soalan yang ditanya.

“Siallah..orang tanya elok-elok.” Satu sepakan hinggap ke dada Ariel menyebabkan dia tersungkur ke belakang.

“Aduh..baik-baik,aku Ariel Fernandez..”jawab Ariel terketar-ketar sambil terbatuk-batuk akibat sepakan padu di dadanya tadi.

“Haha…weh..itu nama kapir kau…apa nama islam kau...?” suara tadi bertanya lagi.

Ariel terkejut dan terpingga-pingga dengan soalan itu. Otaknya ligat berfikir akan mengimbau peristiwa pemurtadannya ke dalam agama Kristian lebih kurang dua mingu yang lalu. Kes pertukaran namanya daripada nama islam  ke nama kristian telah menang di muka pengadilan mahkamah. Kes yang mengambil masa 3 tahun itu akhirnya memihak kepadanya dan menyebabkan dia berjaya murtad dan menukar nama.Kes itu menjadi liputan di seluruh Negara tambahan pula dengan situasi kristianisasi yang sudah melebar luas di tanah air Malaysia ini.

“Kenapa diam…?”buku lima dihala ke muka Ariel. Dush.
Ariel mengerang kesakitan.

“Siapa kau,kau kenal aku ka,kenapa aku perlu jawab soalan tu…” Ariel sempat berbicara lagi.

“Hah..hehe kau nak tahu sangatkan…,nama kau Ahmad Faris,umur 34 tahun,kau bekerja di sebuah Hub Syarikat Perumahan,rumah kau di Subang Jaya…” suara itu lancar memperkenalkan identity sebenar Ariel.
“Haha… sekarang kau dah agama Kristian dan murtad pada tarikh 13 Mac 2012 bertempat di Gereja St.George di Petaling dan kau menang kes pertukaran nama di Mahkamah Rayuan Negara…” suara itu menyambung.

Ariel terpolong dengan penjelasan detail mengenai maklumat dirinya dan kemusykilan dia bertambah akan apa yang berlaku pada dirinya sekarang.

“Haha..sekarang Faris…aku tanya kau baik-baik..nak dak kau masuk Islam balik…?” Tanya suara itu dengan lemah lembut.

Puih…Ariel meludah  dalm keadaan matanya masih tertutup.
“Sial lah ngan agama kau…aku sekarang dah kristian lah weh…mampuslah kau ke neraka…!!”Ariel menjampi serapah.

Satu sepakan kuat menerjah perut Ariel. Ariel terpelanting ke belakang,dia menahan keperitan akibat senak.
“Siapa kau hah..?” Ariel bertanya.

PAM!!!!! Satu das tempakan betul di kepala Ariel menamatkan riwayatnya dengan penuh sadis.

“Nama aku Nick, ajen Kumpulan Serampang Tiga,dan tugasku memerangi orang yang murtad macam kau!!!!” Nick tersenyum sinis menandakan misi tugasannya untuk hari ini telah selesai.

Pistol itu dilempar dari bangunan 14 tingkat kebawah. Segala bukti dihapuskan dan mayat Ariel Fernandez dibiarkan kaku disitu.

                                             *********************************************************

“Ayah…,cepat lah ayah……” Ain memanggil.

Amru sedang membungkus bekas makanan untuk bekalan Ain ke sekolah. Dua potong sandwich sardine dimasukkan dengan cermat ke dalam bekas yang bercorak Upin Ipin.

“Ya-ya sayang… “ Amru terus mendapatkan Ain dan merangkul tangan halusnya.

“Jom……..”Ain bersorak sambil mengankat tangan kanannya.

“Isy isy isy….,seronok betul anak kesayangan ayah ni nak pegi sekolah e…” Amru berceloteh sambil memicit pipi gebu Ain.

Ain adalah satu-satunya permata berharga dalam hidup Amru. Dia menjaga Ain sejak dia dan isterinya bercerai dan berpisah,isterinya lari meninggalkan mereka berdua kerana mengikut lelaki lain ,Ain sewaktu itu masih kecil mereka berdua tinggal bersama neneknya di Kampung Baru,setelah mendapat pekerjaan tetap,Amru mengambil keputusan untuk hidup berdikari dan mengambil tanggungjawab  menjaga Ain dengan sepenuh kasih sayang seperti minyak yang penuh .

Amru menurunkan Ain dari pelantar motosikal,sekarang mereka dah sampai di hadapan sekolah Ain. Ain sudah mencapai umur 9 tahun ataupun Darjah 3,tapi  perangainya masih keanak-anakkan dan manja,kecomelannya juga membuatkan Amru bertambah sayang pada Ain.

Amru juga turun dari motosikalnya.

“Mari sinih ayah sayang dulu….”Amru mengucup dua pipi dan dahi Ain dengan penuh kasih dan sayang yang begitu mendalam kepada Ain. Ain juga membalas kucupan pada tangan Amru.

“Bye ayah…petang nanti ayah jangan lewat tau…” Ain melambai-lambai kearah Amru yang masih menguris simpulan senyuman.Matanya melirit mengikut jejak langkah Ain sampai ke pintu kelas semata-mata untuk memastikan Ain dalam keadaan selamat.

Dimuka pintu kelas,seorang cikgu mendapatkan Ain. Ain juga menyambut cikgu itu dengan pelukan. Cikgu Hidayah,juga salah seorang yang begitu mengambil berat terhadap Ain khususnya di sekolah semenjak dia tahu kisah hidup Ain. Cikgu Hidayah melemparkan senyuman menawan pada Amru yang masih berada di pintu pagar sekolah.

Merah padam  muka Amru,dia terus  menghidupkan motosikalnya dan berlalu meninggalkan halaman hadapan sekolah.

                                                                  ************************************                                       

Petang seperti biasa Amru akan pergi menjemput  Ain,itu memang rutin hariannya sebelum dia menjalankan tugas sebenarnya di kala waktu malam. Motosikal LC 125 nya di parker berhadapan dengan pitu pagar sekolah.

Loceng sekolah berdering,deringan yang sungguh bingit  membuatkan Amru menagkup tapak tanggan di telingannya,walaupun hamper setiap hari dia mendengar deringan sebegitu,tapi  kebenciannya pada bunyi deringan semakin meluap  apabila terkenang di saat deringan itulah dia bergaduh dengan Sara,bekas isterinya.Disebabkan kejadiaan itulah dia berpisah dengan Sara dan mengambil tanggungjawab menjaga Ain.

“Uhh…kenangan perit ni memang menyusahkan…” Amru mengeluh sendirian.

“Ayah…………..!!!”kedengaran suara Ain dari belakang yang sedang berlari kea rah Amru.

Amru terus mendakap tubuh kecil Ain. Dia mengusap-usap kepala Ain dengan penuh kasih sayang dan mesra.

“Sayang abah oke hari ni?”Tanya Amru sambil tersenyum.

“Oke jer….,best arini…cikgu Hidayah ajar Ain,pastu dia belanja Ain kat kantin….”coleteh Ain.

“Aih..kan ayah dah bagi duit belanja,nanti pakai duit tu…”pesan Amru.

“Yalah ayah…tapi cikgu Hidayah tu baik..dia suka amik berat pasal Ain…” sambung si kecil.

“Hmm…yalah-yalah..,baik lah tu…”Amru melirit dengan nada peril.

“Ahh..itu cikgu Hidayah…”Ain menunujuk jarinya kea rah belakang Amru.

Amru memaling badannya ke belakang.Ternyata sebatang tubuh indah berada di hadapannya.Tidak dinafikan Cikgu Hidayah memiliki paras yang rupawan,dan kesopanannya pun sangat memikat jiwa.

“Hai,Assalamualaikum..”Cikgu Hidayah melambai kecil.

“Err..wasallam..hehe..”Amru sekadar mengaru kepala.

“Eh..jangan malu pulak,hmm…Ain dah bagi tahu kat Cik Amru?”Cikgu Hidayah bertanya.

Amru mengerot muka tanda tiada apa-apa maklumat yang Ain sampaikan padanya.

“Ain……”Amru mengalihkan mukanya ke arah anak kesayangannya sambil menaikkan kening kirinya.

“Oh………Ain lupa ayah…”Ain terus mendapatkan telinga Amru dan berbisik.

Dua beranak itu berbisik. Amru menegerotkan muka sekali lagi,tapi dia cepat-cepat mencover dengan senyum kambing.Nyata lakonannya berhasil.Cikgu hidayah masih menunggu jawapan dari mulut Amru.

“Ohh…,boleh-boleh,tak ada masalah..”jawab Amru ringkas sambil senyum tersipu-sipu.

“Yeay!!!” Ain bersorak.

“Oh..oke-oke..saya tunggu ya,tahu kan rumah saya…?”

Amru mengangguk.

                                                             ******************************************

No.268

“Ini nombor rumahnya kan?”Tanya Amru pada anaknya.

“Yalah…Ain tekan ya locengnya”si kecil itu mengapai-gapai loceng rumah.

“A’ah..”jawabnya ringkas.

Tidak lama selepas itu,Cikgu Hidayah keluar.

Cikgu Hidayah mengenakan kurung putih beserta shawl hitam membelit kepalanya,menambahkan seri wajahnya pada malam itu.
“Mari,marilah masuk,lauk masih panas…”cikgu hidayah mempelawa.

Amru kaku di hadapan meja makan. Dia tidak apa yang perlu dibicarakan. Terhidang dihadapan bermacam-macam jenis lauk.Yang paling dia terharu, kari kepala ikan kegemarannya sudah lama tidak dia santap setelah dia bercerai dulu.

Sedangkan dalam masa yang sama Cikgu Hidayah dan Ain masih berjenaka dan ketawa sesama mereka berdua.

“ Ayah………,kenapa ayah senyap ja….ayah malu nagn Cikgu eh…” Ain mula menyakat.

“Mana ada….”Amru menafikan sambil mengumam makanan di mulutnya.

Cikgu Hidayah ketawa kecil melihat gelagat anak beranak bermesra.

“Hah..makan,makan sampai kenyang,lepas ni boleh balik tidur terus…” Cikgu Hidayah memjemput.

“Baik cikgu”Ain mengangkat sudunya. Amru hanya berdiam.

Tet..tet..

Telefon bimbit kepunyaan Amru bergetar menandakan mesej masuk.

               

                  -----------------------------------------------------------------------------------------------------

Sender: *******

Hari hitam yang sunyi,    
Tengah bingit,
Berdamping megah jalur ketiga,
Daki dikau sang perobek,
Lumpuh jua si pengkhianat.

Reciever: Nick

                  ----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Amru menekan punat  menu. Dahinya berpeluh,begitulah keadaannya setiap kali mendapat pesanan ringkas seperti ‘wahyu’ berbentuk ungkapan tersirat yang menandakan misi tugasannya.

Amru terus membasuh tangannya yang masih berbaki kesan makanan cepat-cepat tetapi masih tenang.

“Eh..Encik Amru,dah abis makan ka?” soal Cikgu Hidayah.

“Errmm…maaf banyak-banyak cikgu,saya ada perkara urgent ni…,tolong jagakan Ain ya,esok pagi saya datang ambil..” Amru terus bergegas keluar rumah.

Amru terhenti di pintu rumah.

“Ain,jaga diri elok-elok ya,jangan nakal-nakal,I luv you..”Amru memberi flying kiss.

Ain hanya terlopong melihat gelagat ayahnya,tapi dia sudah biasa begitu.

“Bye ayah..i miss you..muah…” Ain turut melakukan perkara yang sama.

                                           ****************************************************

Hitam yang sunyi=bangunan usang bercat hitam.
Tengah bingit=tengah Bandar.
Berdamping megah=berdekatan kawasan elit
Jalur tiga=tiga tingkat

Bangunan usang  tiga tingkat  bercat hitam,di tengah bandar berdekatan kawasan elit.

Bangunan lama MPPJ.

“Yes…gotcha…it’s show time..” Amru berbisik kegirangan. Segala teka teki pembayangnya telah pun diselesaikan. Amru terus memulas minyak motosikalnya.

Setibanya di depan bilik yang dimaksudkan. Amru memakai topeng muka identity kumpulannya dan mengeluarkan sepucuk pistol dari susuk kanannya.

“Now I’m Nick…”bisik Amru.

Pintu bilik disepak sekuatnya,amarah liarnya mula merasuk.

Suasana gelap.

Amru terus mengatur langkah demi langkah dengan berhati-hati.

Kejutan menyergah kerana terdapat  sekujur mayat lelaki telah terbujur berada di tengah-tengah bilik. Amru membelek-belek mayat tersebut,memeriksa nadi mayat.

“Memang sah dah mati,tapi pelik tak ada sebarang tanda tembakan atau jerutan pun…”suatu persoalan lagi timbul.

Ketika kegusarannya masih menerjah kepala otaknya,suatu sinaran bersilau muncul dari jari mayat.

“ Cincin emas?”

Amru terus mencapai cincin yang berada jari manis mayat.
Dia membelek-belek cincin tersebut.

Sedang dia membelek-belek cincin itu,dia perasan terdapat suatu tulisan pada bahagian dalam cincin tersebut.

“Eh..ada tulisan..” Amru meneliti setiap atur huruf .

Bersambung........
.
.
Sedutan Siri 4
.
.
.
Roq menutup helaian terakhir buku yang berada ditangannya. Dia senyum kepuasan, Novel Sherlock Holmes yang setebal 378 muka itu sudah dikhatamkan dalam masa dua hari sahaja. Pelbagai pandangan dan analisa yang dapat di’highlight’kan sepanjang pembacaannya. Beberapa point-point falsafah yang berlegar-legar di fikirannya di sebalik kes-kes siasatan yang diselesaikan oleh Holmes bersama Dr. Nelson  membuatkan kotak mindanya ligat menyusun maklumat dan data seligat gasing tua yang berpusar.
.
.
.
@sangHikam@HakimAlAzhariy

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari