Cerita Ini

Aku mula menulis cerita ini sewaktu aku berumur 14 tahun.

Ya,semasa aku di tingkatan dua.

Dan tamat menulis selepas aku tamat menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia semasa di tingkatan enam atau 19 tahun.

Lama bukan?

Tuhan sahaja yang tahu lelah nafasku menyiapkan cerita ini.

Walaupun cerita ini tak selebar lebaran novel,tapi ia sangat cukup memberi kepuasan kepadaku tatkala kaki capit ini mula merangkak-rangkak dalam rebut pasir dunia penulisan.

Hanya berbekalkan beberapa novel Ramlee Awang Mursyid (yang menjadi penulis kegemaranku),dan secangkir khayalan dan secubit imaginasi, hidangan cerita ini berjaya disediakan di meja makan untuk santapan pembaca.

Rasanya cukuplah menceritakan di sebalik tirai penghasilan cerita ini.
Baik .

Cerita ini,aku tak nafikan memerlukan sedikit imaginasi kerana jalan ceritanya agak berbelit dan susunan plotnya agak sulit.

Kerana..

Ini cerita Thriller.

Akhir kalam.

Selamat menyelam di lautan khayal.

Selamat datang Dua Alam.

Semoga bertemu di akhir cerita.

Wassalam.


8.50 am,
31/10/15,
Darrasah,
Cairo.
                                                                                                                                        


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari