Hari Musalsal



Hari ini 10 Muharram.

Ya,juga dikenali sebagai hari Asyura.
Hari Asyura adalah hari dimana umat islam dituntut melahirkan kegembiraan di atas kejayaan Nabi Allah Musa Alaihisalam dan para pengikutnya berjaya melepaskan diri dari Firaun Laknatullah di sempadan laut merah.
Ini suatu sejarah yang sangat hampir dengan tempatku berada sekarang.
 Di Laut Merah.
Cuma tidak direzekikan lagi menjejakkan kaki di situ.

Dengan kejayaan ini,umat Yahudi yang asalnya dan kononnya mengikut Nabi Musa bergembira kerana hal demikian,maka kita umat Islam yang lebih mengimani Saidina Musa harus melahirkan rasa kegembiraan lebih lagi.

Raikan dengan cara bagaimana?

Raikan dengan cara berpuasa di hari 10 Muharram.

Inilah cara yang diajarkan Islam kepada ummatnya.


******************************
Dari Abu Qatadah r.a,Rasulullah bersabda:

"صيام يوم عاشوراء انى احتسب على الله ان يكفر السنة التئ قبلها"
"Berpuasa di hari asyura,sesungguhnya Allah akn menghapuskan dosa-dosa pada tahun sebelumnya."

Hari ini hari yang bermakna buatku.

Harini aku mendapat suatu pengalaman baru menerima sanad Hadis Musalsal berkenaan Hari Asyura dari pada Syeikh Sayyid Mamduh,yang merupakan murid kepada Syeikh Ahmad Yassin Padangi. 
Sanad beliau ke hadis nabi adalah seramai lebih kurang 25 orang perawi. Jadi aku antara yang mendapat sanad hadiS musalsal hari asyura ini daripada beliau. 

Girangnya hanya tuhan yang tahu. Berasakan diri ini dekat dengan nabi bila ilmu itu sanadnya bersambung dari kalam baginda menerusi kalam para alim ulama.

Sejak hari ini,aku menanam tekad yang mendalam untuk bertemu lutut lagi dengan masyaikh-masyaikh di bumi mesir ini untuk bekalan ilmu di masa hadapan dan untuk tuaian di akhirat kelak.

24/10/15
Zawiyah Syeikh Mamduh,
Hayyu Asyir,
Cairo.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari