Puisitepitingkap#1



JIWA

Jiwa aku ada dua,
Satu baik,
Satu buruk,
Yang baik bila tiba masanya,
Yang buruk juga bila jangka waktunya,
Aku pun tidak perasan bila ia bertukar,
Belahan pertama dahagakan ilmu,
Belahan kedua ketagihan nafsu,
Yang pertama itu menangis dalam berdoa,
Yang kedua itu ketawa dalam ternoda.

Pahala dan dosa seakan berjiran,
Iman dan nasfu seakan berpelukan,
Aku jadi pening,
Sedangkan dua makhluk ini sentiasa bermusuhan,
Dalam menawan daerah jiwaku,
Tapi mungkin aku yang tersalah tafsir.

Jiwa.

Lapangan yang luas untuk diterokai,
Kanvas yang besar untuk dicontengi,
Jalan yang sangat jauh untuk dilaluai,
Dan jiwa ini tempatnya untuk satu tuan sahaja,
Tidak mungkin untuk dikongsi suka sama suka,
Pilihanmu ada dua,
Iman atau nafsu sahaja.

Bila kamu bahagikan kawasan jiwamu kepada dua,

Dan kamu sempadankan.

"Ini kawasan iman,ini kawasan nafsu,jangan bergaduh!"

Kamu silap.

Kerana nafsu itu jahat dan tamak,
Dan iman itu lembut dan mudah beralah,
Tika baik dan buruk berhimpun,percayalah yang suci akan beredar,
Malah yang jahat akan melangkah garisan pemisah,
Akan membunuh yang baik dengan rakus dan kejam.
Tanpa belas kasih.

Inilah sunnatullah.

Jadi sahabat,

Pilihlah.

Untuk selamatkan imanmu.

3/10/15
Shaqah 401,
Hayyu Asyir,
Cairo.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari