Kanak-kanak

3 Oktober 2015

Harini hari pertama persekolahan bagi pelajar-pelajar sekolah tadika (disini namanya Hadhonah),pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah di Mesir selepas lebih kurang empat bulan cuti musim panas.

Harini juga bandar Cairo mula diceriakan dengan wajah-wajah comel anak-anak arab,diserikan telatah gelagat kanak-kanak yang baru mula melangkah ke alam persekolahan.

Si ibu memegang tangan anak melintas.
Sang ayah membicarakan sesuatu kepada anaknya,mungkin sedang memberi semangat.
Pelajar yang sedikit dewasa jalan berkumpulan dengan uniform yang pelbagai.
Pelajar lelaki dengan lagak stylonya berjalan.
Pelajar perempuan dengan telefon bimbit dan earfon di telinganya menunggu bas.

Semua suasana ini menjamu mataku sewaktu perjalanan ke kuliah pagi ini.

Sungguh nostalgik dan mengelikan hati.



                                             ****************************
Aku sangat suka kanak-kanak.

Tidak kira umurnya berapa. Asalkan kanak-kanak.

Aku teringat akan anak-anak muridku sewaktu sebelum aku sambung pengajianku ke mesir.

Aku mengajar 2 sekolah Sekolah Rendah dan satu sekolah Sekolah Menengah agama.

Tetapi disini aku ingin membicarakan tentang pelajar-pelajar sekolah rendahku kerana lebih memberi kesan nostalgia dan ilmiah khususnya kepada diriku.

Kanak-kanak.

Hatinya bersih.
Jadi hatiku juga perlu bersih.

Lagatnya suka hiburan,
Jadi lagatku juga perlu sebagai penghibur.

Sifatnya suka merajuk,
Jadi sifatku juga perlu suka memujuk.

Tenaganya kuat main bertempiaran,
Jadi aku perlu berlatih menahan kesabaran.

 Jadi
Apa yang aku belajar dari mendidik kanak-kanak adalah

Bersabar.
Ikhlas.
Senyum.

-------------------------

Surat Untuk Kalian.

Tahun 2
Hana,Marsya,Syamimi,Rauhah,Aniq,Khairul,Aisyah,Adam,Auni..
Terima kasih ceriakan ustaz semasa mengajar dalam kelas.
Kalian anak-anak yang pandai,dan juga nakal. Semoga menjadi manusia berguna nanti.

Syamil dan Along,kedua-duanya berkaca mata.
Terima kasih kerana setiap hari,ustaz nak balik,kalian berdua gigih berebut membawa beg dan jaket ustaz. Kalian masih kecil tapi sangat kuat khidmat dengan ustaz. Ustaz mendoakan Allah bukakan pintu ilmu kepada kalian seluas2nya.

Khusyairi,terima kasih kerana selalu teman ustaz semasa makan di kantin. Setiap kalam dari mulut kamu sentiasa buatkan ustaz ketawa dan ceria.

Atiqah dan Ainul ,selalu ustaz tegur kerana tak pakai anak tudung dan selalu nampak rambut dan cepat-cepat kalian betulkan unjuran rambut yang terjuntai di dahi.
Mintak maaf kerana ustaz sudah tegur aurat kalian semasa umur kalain masih muda. Semoga kalian mengingati pesanan ustaz dn menjaga aurat kalian tika menjadi gadis nanti.

Vangadesh dan Pritivish,pelajar India,kalian pernah minta ustaz ajarkan tulisan jawi dan nak baca buku quran,ustaz cuba ajarkan,dan kalian memahami dengan baik. Apapun kalian tetap juara lari berganti di dalam kelas yang membuatkan ustaz marah.
Semoga kalian diberi hidayah Allah kelak.

Kak cik dan Alya,pelajar tahun satu paling ustaz sayang,menjadi penenang hati ustaz masa ustaz keserabutan. Senyuman kalian dan lagat manja kalian buatkan ustaz bersemangat semula.

Ini luahan hati ustaz kepada kalian. Kalian dah banyak mengajar ustaz tentang kehidupan.



Mungkin sekarang kalian masih berada di sekolah rendah dan mungkin kalian sudah lupakan ustaz.
Ustaz harap,jika suatu hari nanti,kalian sudah bisa membaca,dan meneroka alam maya,dan terjumpa blog ustaz ini,ustaz hanya ingin mengungkapkan sebaris lafaz sahaja.

Ustaz sayang dan rindu kalian kerana Allah Taala.

Salam kasih dari Ustaz Hakim.


5.15pm
08/10/15,
Cairo,
Mesir.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari