Sittah Oktober



Harini yang mengembirakan hati,kerana harini aku mendapat banyak perkara baru lagi mengasyikkan.

Pertama.

Akhirnya,aku keluar juga dari bandar Kaherah. Keluar dari kesibukan kota yang penuh ragam dan garam.

Kedua.

Aku dapat lihat Qala'h(Kubu) Salahuddin Ayubi yang terserlah dengan asar sejarah kegemilangan masa emas Islam.

Aku dapat lihat Sungai Nil yang terzahir di mana Nabi Allah Musa dihanyutkan.

Aku dapat lihat Piramid Kufi yang tersergam dimana Sang Firaun memerintah manusia meyembahnya mensyirikkan Tuhan esa.

Dan yang paling besar dan mengembirakanku adalah melihat sebatang tubuh segak,gaya yang mempersona,gurisan seyuman yang tak lekang dari raut wajahnya serta curahan kata-kata yang sangat membekas di benak hati.

Inilah kali pertama aku melihat sosok tubuh ini setelah sekian lama menaruh keinginan berjumpa dengannya.

Al-Allamah Ad-Duktur Syeikh Ali Jumaah Hafizohullah.

Semoga Allah merahmati mu.

Semoga berjumpa lagi di Sittah Oktober.

#menikmatisuasanamalam
#atastremco

9.30pm
14/10/15
Sittah Oktober,
Cairo.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari