puisitepitingkap#2

#RINDUSENTAP

Langit kekuningan,
Fajar mula menampakkan rambutnya,
Bentangan alam raya biru lautan,
Tanpa awan,
Angin sepoi membidas muka,
Aku bertengek di tepi jendela,
Melihat alam luar,
Earphone ditelinga mengalun halwa,
Skrinphone mula bercahaya malap.

Aku sudah di negeri orang,
Mak dan abah di negeri yang sama,
Aku sudah naik kapal terbang,
Mak dan abah masih naik kereta yang sama,
Aku sudah makanan makanan asing,
Mak dan abah masih makan nasi dan lauk yang sama,
Aku sudah berkenalan dengan kawan baru,
Mak dan abah masih berbual dengan jiran yang sama.

Aku sudah berada jauh dari mereka,
Bukan sebelah daerah,negeri dan negera,
Tapi seberang benua dan lautan,
Bukan tiga minggu sekali balik rumah,
Tapi tiga tahun sekali mungkin empat.


Hakikatnya aku jauh dari mereka.

Bukan mudah nak bersemuka.
Bukan senang nak berhubung,
Kerana batas waktu dan tempat menyulitkan.

Tapi bayangan wajah kedua-dua mereka lah sentiasa menjadi santapan mindaku.

Bila aku jauh dari meja belajar,bayangan mereka menyentap niatku.

Bila aku mula malas ke kuliah,bayangan mereka mengheret diriku ke jalan balik.

Bila aku melakukan perkara yang sia-sia,bayangan mereka mengusap akal segarku supaya sedar.

Sungguh orang kata rindu itu ubat.

Bukan sekadar menangis bila teringat,
Bukan sekadar mesej bila terbayang,
Bukan sekadar kenang masakan dan leteran,

Tapi,

Rindu itu menyentap.
Rindu itu memberi peringatan.
Rindu itu memotivasikan

Rindu itu sungguh mengasyikkan.


Anakanda mu ini sangat merindui kalian.
Dedikasi buat:

Mak Siti Hahdijah Ariffin dan Abah Ismail bin Ali.

Salam rindu,salam motivasi.

#rinduseoranganaklelaki

9.40pm
19/10/15
Warak masjid alazhar,
Darrasah,
Cairo.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari