Traffic ale Cairo

Cairo atau nama lainnya Kaherah adalah antara bandar yang tersibuk,terpadat,termampat di dunia.
Suasana kebingitan mirip-mirip bandar Kuala Lumpur malah lagi riuh rendah.

Ada dua perkara yang unik bila anda datang kesini dan berada sendiri di atas jalan raya Cairo.

Pertama.
Tiada peraturan jalanraya.
Tiada lampu isyarat.
Tiada laluan khas motosikal.
Tiada topi keledar.
Tiada tali pinggang keledar.
Tiada beza motosikal,kereta,van,bas,lori,traktor.
Semua dalam satu laluan.
Laluan satu lorong ada tiga line kenderaan.
Potong memotong sesuka hati.
Selit menyelit semacam rutin.
Semua bergerak laju dan pantas.

Tapi.

Kurang kemalangan.

Inilah menjadi kepelikan yang masih tidak terungkai oleh benak hatiku.

Kedua.

Pengunaan hond

Jika anda berada di jalan raya Cairo.
Perkara awal anda kena biasakan adalah suasana bunyian hond disetiap dan detik anda di atas jalanraya.
Suasana bingit inilah menjadi kota Cairo ini hidup malah ceria dengan bunyian hond yang tidak akan berhenti kecuali hond kenderaan itu rosak.

Sekadar pemerhatiaanku,penggunaan hond ini ada beberapa fungsi dan bukan saja dibunyikan.

First,untuk memberi isyarat bahawa pemandu sedang berada di jalan.
Bunyian hond ini akan berlaku jika pemandu ingin membelok ataupun ada simpang dihadapannya.

Kedua,sebagai isyarat kepada menarik perhatian penumpang.
Ini banyak dilakukan oleh tremco,bas atau kereta 'tut tut' untuk mengangkut penumpang di tepi jalan.

Ketiga,menyampaikan mesej dan emosi.
Inilah bestnya,jika bas sama bas pemandunya saling kenal mengenal,salam itu dibahasakan dengan bunyi hond dan ada pula balasan salamnya.

Dan yang terakhir dan pastinya emosi marah yang terpendam hanya dapat dilepaskan dengan membunyikan hond.

Ini lah biasa terjadi jika anda berada di jalan raya kota Cairo ini.

Selain itu,keadaan di sini juga antara direkodkan sebagai jalan raya yang tersesak perjalanan yang singkat tetapi terpaksa mengorbankan masa yang lama untuk sampai ke destinasi.

Dan anda harus ketahuai.

Ini juga antara cabaran terbesar penuntut ilmu di sini.

Ya.
Dengar macam lawak dan seronok tapi hanya tuhan yang tahu seksanya menanggung ujian ini.

Ujian kesabaran dan ketahanan jiwa.

Kekadang perjalanan ke kuliah yang hanya mengambil masa 10 minit perjalanan menjadi 50 minit ke satu jam.


Ramai yang tewas dek kerna tidak mampu adaptasi diri dalam suasana mencabar ini setiap hari pergi dan balik kuliah.

Semoga Allah memberi kekuatan diri yang lemah ini mengharungi jalan ilmu yang mencabar dan menempuh 'jalan Cairo' yang penuh simpang siur ini.

Allahu mustaan.

04/10/15
Atas bas merah,
Awal Abbas,
Cairo.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari