Dua Alam [Siri 1]


 Kampung Beringin,1990

Uwek…..uwek…..uwek…..”,suara      tangisan bayi lelaki memecah kesunyiaan malam .Seorang bidan merangkul sekujur tubuh  molek bayi yang baru sahaja diringginya menerjah ke alam dunia. Seukir senyuman digoresnya dek memandang  wajah sepasang suami isteri yang tidak henti mengucapkan lafaz tahmid.

 “Alhamdulillah...”ucap Firdaus  sambil melabuhkan dahinya ke lantai . Syukur tak terhingga tidak dapat digambarkan oleh kata-kata.Firdaus terus meluru kearah isterinya yang sedang berehat setelah hamper berpuluh minit meneran  dan menahan kesakitan. Sekucup ciuman didahi  Aisyah menandakan kasih sayang nya pada isteri kesayangan.

 Imam yang berdiri dihadapan pintu turut merufu’kan kesyukuran atas kelahiran itu.Dialah orang yang dipanggil oleh Firdaus setelah mengetahuai Aisyah akan melahirkan anak . Imam  yang dalam perjalanan pulang dari surau terkejut akan berita itu.

“Firdaus…,ni anak kamu, manis mukanya, tahniah,”ucap Mak Bidan sambil menghulurkan bayi kearah Firdaus lalu terus beredar pergi.

 Firdaus dengan tangan terketar merangkul tubuh anak sulungnya yang selama ini dia menuggu  kelahiran itu.”Terima kasih Mak bidan,semoga Mak Bidan dirahmati Allah”,Firdaus tersenyum lebar menatap paras rupa anaknya yang comel. Aisyah juga berwajah girang.

“Allahuakbar …Allahuakbar….”ucapan azan di laungkan sederhana perlahan di telinga kanan anaknya. Saat itulah mengalir titisan air mata Firdaus  bagi memperkenalkan tuhan kepada anaknya. Bayi yang menangis kembali diam seribu  bahasa, Firdaus mengusap kepala anaknya dengan melafazkan kalimah azan  dengan penuh kekhusyukkkan.

Imam yang berada di pintu menuju kerah Firdaus bersama anaknya .

“Imam, tolong doakan anak saya agar dia akan menjadi anak yang soleh”pinta Firdaus kepada Imam.

“Firdaus, keadaan anak kamu , akhlak anak kamu, agama anak kamu, kamu yang tentukan ,Allah yang merancang, kamu yang usaha dan saya hanya dapat berdoa”jawab Imam  dengan penuh ketokohan.

“Ya, terima kasih  Imam,”sahut Firdaus.

“Firdaus,”Imam  memegang kepala anak  yang dalam dakapan Firdaus. “Boleh saya cakap dengan kamu sesuatu,”

Firdaus menganguk.
                                                                                                         
“Ketahuailah,anak kamu ini,Allah kurniakan suatu kelebihan yang tidak pada orang lain,peliharalah baik-baik anak kamu ini,keisimewaannya akan memberi manfaat pada manusia lain,suatu peristiwa yang tidak diingini berlaku akn merubah hidupnya dan saat itulah dia kan sedar akan keistimewaannya.”imam berkalam penuh yakin.

“Apa,?keistimewaan!”,Tanya Firdaus yang berbaur terkejut dan kehairanan.

“Ya,tapi janganlah kamu khabarkannya kepada anak kamu tentang hal ini, biarkan Allah sahaja yang mengatur urusannya.”sambung Imam .

“Keistimewaan macam mana?”tanya nya lagi.

“Kamu akan dapat merasainya sehingga berlaku sesuatu yang tidak diigini berlaku”jawab Imam. “Baiklah ,saya balik dahulu, ingat pesan saya pelihara anak kamu baik-baik seperti mana sunnah Rasullulah dan pandukanlah Al-quran bagi membimbingnya”.

Imam itu terus meluru keluar rumah Firdaus sambil mengangkat tangan kearahnya.Firdaus yang masih kebinggugan membalas salam  Imam. Namun kegembiraannya belum reda lalu dia meluru kearah isterinya sambil mengucapkan kalimah zikir.    

“Abang…,siapa imam tu?”tanya Aisyah.

“O…. imam tu,abang pun tak tahu… masa abang cari bidan tadi,abang terserempak dengannya.”jawab Firdaus.

“Aisyah tak pernah nampak pun”sambung isteri kesayangannya.

“Tak tahulah,takpalahAisyah tak payah pikir banyak,rehat dulu”jawab Firdaus tapi dia masih memikirkan siapakah gerangan imam yang menemaninya ketika tadi.                                                                                                                                                    


********************************
Kampung Beringin,1996,

“Umar Fadhil  turun nak,makanan  sedia dah,”jerit Aisyah dari bawah rumah.

“Sekejap mak.. Umar turun ni”Umar turun dengan pantas dari biliknya yang terletak di tingkat atas.
“Ayah mana mak?”Tanya  budak kecil molek itu.

“Ayah kamu di ladang, sekejap lagi balik lah tu…”jawab Aisyah. “Umar mari makan nak..”

“Ya…ya…”Umar terus mencapai pinggan yang di isi nasi goreng kesukaannya.

Preng…preng… bunyi motosikal Honda kepunyaan Firdaus menyinggah ketelingga Umar menandakan ayahnya sudah pulang.Umar terus melompat meluru ke kekisi tingkap  untuk menjenguk ayahnya.Firdaus hanya tersenyum melihat gelagat anaknya yang masih berumur 10 tahun itu. Umar mengkedutkan wajahnya  seperti kehairanan.

“Ayah…kakak mana yang ada belakang ayah tu..”,Tanya Umar sambil menggaru-garu kepalanya.
Firdaus terkejut dengan pertanyaan anak nya itu.

“Kakak…, mana kakak..ayah tak nampak pun?”soal Firdaus kembali dengan penuh kebinggugan.

“La… belakang ayah tu…. rambutnya panjang,pakai baju putih, takkan ayah tak nampak?,’jawab si kecil molek itu.
Serta merta tertegak bulu roma Firdaus.Firdaus memaling kesemua arah,tiada apapun, yang didapatinya hanya suasana senja menjangkau penglihatannya. Firdausterus  mengatur langkah masuk ke rumah dan mendapatkan anaknya.

“Maknya…ni bawa Umar ni pi mandi..sekejap lagi abang bawa dia ke surau ,nak masuk maghrib dah ni,”ucap Firdaus sambil membawa anaknya itu kepada Aisyah.

“Ye…ye…Umar mari sini..Umar anak sayang ibu…”kata Aisyah.

Selepas mandi Firdaus membawa Umar ke surau seperti kebiasaannya,dia bertujuan membiasakan Umar dengan kehidupan yang dekat dengan surau agar moga-moga sakhsiahnya terbina dengan baik pabila sering berdamping dengan rumah Allah itu.

Motosikal Honda veterennya itu ditunggangnya sambil dibonceng Umar.Mereka bernasib baik kerana surau tidak sebegitu jauh dengan rumah mereka.Hampir setiap waktu solat fardu mereka laksanakan disurau,kelazatan beribadat semakin dirasai ketika berada di surau.

Selepas solat Firdaus membawa anaknya ke luar surau.

“Firdaus,baguslah kamu ni selalu bawa anak ke surau moga-moga besar nanti dia jadi macam kamu selalu ke surau”ucap Pak Cha sambil menepuk bahu Firdaus.

“Amin…Insyaalah...Pak Cha,moga-moga inilah cara terbaik saya mendidik anak saya untuk dekatkan diri dengan rumah Allah ini”balas Firdaus. Pak Cha hanya menganaguk dengan ucapan Firdaus.

“Ha…Firdaus sekejap lagi selepas solat insyak ada tazkirah tentang jin oleh Ustaz Kazim,kamu datang dak?”Tanya Pak Cha.


“Ya…ya…insyaalah, lepas solat insyak saya masih di surau.

                         

                                       **************************************************

bersambung...

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari