Catitan 8

[17/2/2020]
|Day 8|

7.00 am: Kami bangun dan sarapan di tingkat atas. Yang bestnya kat hostel ni adalah sarapannya percuma, ini adalah tempat pertama kami dapat makan free, memang tak bagi chance kami hadap mana selagi boleh sumbat. 
Aku makan cereal versi european, sebelum ni makan koko crunch, honey star dan adik beradiknya saja, harini macam-macam jenis ada. Bukan itu ja, air pulak boleh bancuh sendiri, aku buat hot chocolate, dan last buat roti bakar disapu jem dan butter. 

10.00 am: Lepas makan, kami bersiap untuk check-out. Harini ni kami perlu ke Rotterdam untuk naik bas dari situ ke Belgium. 

Harini baru nampak suasana dinihari di Netherland, luasnya padang rumput menghijau, pelandang mengurus ladang dan ternakan, tali air jernih mengalir mengairi tanaman. Susunan dan reka bentuk rumah juga cantik.
Aku nikmati sepuasnya permandangan itu kerana perancangan perjalanan kami di Netherland agak terciduk kerana cuaca, banyak tempat cantik-cantik di Amsterdam, ladang bunga kami tak dapat pergi sebab ditutup kerana musim winter juga sebab hujan ribut yang kuat. 
Tiada rezeki untuk Netherland, kami redha.


12.00: Tiba stesen Rotterdam. Asal plannya kami nak cari masjid terdekat untuk tunaikan solat, baru ja melangkah setapak ke luar bangunan, hujan lebat turun serta merta, kami batalkan plan dan solat saja mana-mana tempat terpencil kat dalam bangunan.

1.30 pm: Bertolak ke Belgium menaiki Bla Bla Bus.


Perjalanan mengambil masa dalam 3 jam setengah. 

4.00 pm: Dalam perjalanan ke Bus Station, sudah nampak kelibat kibaran bendera merah hitam kuning di tiang-tiang bendera di atas bangunan. 
Hujan pun dah mula reda, kami rasakan nasib kami di Belgium akan baik insyaAllah. 

5.00 pm: Tiba di Brussel Main Station. Kami berjalan dalam 10 minit untuk sampai ke Meinegar Hotel. 
Cuma kali ini, kami tempah hotel untuk 4 orang, jadi malam ini kami kena bahagi serba sedikit ruang dan katil untuk dapat keselesaan. 

6.00 pm: Malam ni kami tak ada apa-apa aktiviti, jadi alang buat outing sekitar bandar brussel sambil-sambil cari barang masak untuk dinner malam ni. Kami jumpa ada satu kedai pakistan yang jual baranv murah. Kami beli pasta dua paket, dan paste bolognese, yang lain beli air dan kudapan. 

7.00 pm: Kami sama-sama masak  spegeti bolognese, dapur di hotel ni agak kecil berbanding meineger di Munich, tapi apa pun tetap baik. 

9.00 pm: Selesai makan, kami bersiap untuk rehat. Malam ni termasuk malam kedua straight kami tidur hotel, perjalanan hari seterusnya pulak kami tidur dalam bas.

Selamat berehat. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari