Pagi Ahad di Taman Rakyat
Pagi Ahad di Taman Rakyat Pagi ahad yang dingin nan redup. Otakku ligat berputar, mata liar merekod tingkah manusia, manusia di sekelilingku, walau kaki lagak bergerak, kadang berjalan, kadang berlari anak, aku tak henti fikir analisa sifat mereka. Sudah menjadi rutin mingguan setiap pagi ahad, aku akan jogging di Taman Rakyat Klang berdekatan dengan perumahan Sri Andalas. Aku boleh katakan bahawa aku sangat suka dan dah lama tak melihat evironment rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama terlihat mesra, bersulam antara satu dengan yang lain, lebar senyuman di serata tempat, menambah girang sang mentari yang baru mengerling di balik awanan pagi ahad. ******************** Oklah…aku tau ayat aku berbunga.. hahaha ok..aku try pakai ayat tak formal untuk gambarkan apa yang aku perhatikan sepanjang beriadah di sini. Hampa pun tak lah cringe sangat bila baca nanti. First sekali, kat sini ada beberapa kelompok dan jenis orang. Kalau hampa masuk ja taman tu, akan ada sekumpul...