Catitan 8
[17/2/2020] |Day 8| 7.00 am: Kami bangun dan sarapan di tingkat atas. Yang bestnya kat hostel ni adalah sarapannya percuma, ini adalah tempat pertama kami dapat makan free, memang tak bagi chance kami hadap mana selagi boleh sumbat. Aku makan cereal versi european, sebelum ni makan koko crunch, honey star dan adik beradiknya saja, harini macam-macam jenis ada. Bukan itu ja, air pulak boleh bancuh sendiri, aku buat hot chocolate, dan last buat roti bakar disapu jem dan butter. 10.00 am: Lepas makan, kami bersiap untuk check-out. Harini ni kami perlu ke Rotterdam untuk naik bas dari situ ke Belgium. Harini baru nampak suasana dinihari di Netherland, luasnya padang rumput menghijau, pelandang mengurus ladang dan ternakan, tali air jernih mengalir mengairi tanaman. Susunan dan reka bentuk rumah juga cantik. Aku nikmati sepuasnya permandangan itu kerana perancangan perjalanan kami di Netherland agak terciduk kerana cuaca, banyak tempat cantik-cantik di Am...