Catitan 5


[14 Feb 2020]
|Day 5|

8.00 am: Bersiap dan sarapan, pihak hotel ada sediakan sarapan, bayar 7€ dan makan seberapa banyak yang mahu, ada roti, ada sandwich, cereal dan lain-lain. 
Aku cuma masak pasta yang masih ada, masak guna minyak zaitun, bawang putih, lada hitam dan serpihan daun saderi. Sedap sarapan pagi ni aku buat. 

9.00 am: Kami berbincang untuk next destination, ada dua pilihan samada ke Frankfurt atau ke Cologne, bila tengok youtube, di Cologne lebib banyak tempat untuk dilawati. 

10.00 am: Check-out hotel.
-Semasa ini kami buat tempahan Flixbus ke Cologne, tapi tempahan terbatal atas masalah tertentu. Jadi tidak dapat tidak kami kena beli tiket terus ke kaunter. 
-Harga tiket dari Munich ke Cologne 37€, perjalanan mengambil masa 8 jam, bertolak jam  9 malam ini.

11.00 am: Kami decide untuk lawat dua tempat sahaja memandangkan kedua-dua tempat berdekatan dengan stesen metro, mudah untuk bergerak dan tak jauh jalan memandangkan kami pakat galas 10kg beg. 
  1. Neus Rethaus
  • Ada sebuah gereja lama St. Peter seni binanya sangat mengkagumkan. 
  • Aku sempat masuk ke dalam  gereja tersebut. Suasana agak senyap sunyi, nampak dua tiga orang duduk di bangku panjang. Terdapat banyak patung Jesus berbagai versi dan di atap terdapat lukisan yang mendeskripsikan peristiwa ‘The Last Supper’.
  1. Barvian Statue
  • Ini salah satu tempat yang aku suka, ada sebuah patung besar yang diperbuat dari gangsa, statue seorang wanita menjulang mahkota dengan tangan kiri, tangan kanannya pula memegang tali yang diikat padanya seekor singa. 
  • Statue ini melambangkan alegori sifat keberanian bangsa Bavarian dan kehebatan tamadun mereka.
  • Di belakang statue ini ada Wall Of Fame dan tangga ke atas mencantikkan lagi tempat ini. 

3.30 pm: Selesai lawatan, kami perlu cari tempat solat, alhamdulillah jumpa surau kecil. 
4.00 pm: Selesai solat, kami turun ke bahagian bawah ada kedai makan Mama Keche kendalian seorang wanita 40an dari Turkiye. Semasa kami turun tu, kedai tu sudah nak ditutup, tapi atas belas kasihan, mama dan pekerjanya dari Bosnia masih melayan kami. 
Kami nampak satu makanan iras-iras nasi, asalnya kami cadang nak beli nasi tu satu trail, kepelikan pekerja tu, last Mama bagi kami satu portion (nasi+daging+yogourt sayur+lada sala sumbat+sup) hanya 7€. 
-Girang hati kami sudah lima hari tak makan berat, ini namanya rezeki. Selesai menyantap, kami beramah mesra dan ambil gambar dengan Mama, semoga berjumpa lagi. 

5.00 pm: Bergerak semula ke Main Station Hauptbahnof.

8.00 pm: Bergerak ke Stesen Bas, kami ambil Flixbus ke Leverkusen, Cologne. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari