Pre-Travel 3 (Mental & Fizikal)

Untuk preparation mental, aku buat research, bacaan awal untuk dapatkan informasi berkenaan tempat yang kami akan singgah. Surf internet, tanyakan sahabat-sahabat yg sambung belajar di sana. 

Untuk tempat atau lokasi yang kami akan lawat, aku bahagikan kepada 3 tema:
  1. Nature
Di tempat sebegini seperti Interlaken, Amsterdam, untuk nikmati keindahan semula jadi, kehijauan, gunung ganang, salji dan sebagainya

      2. Architecture

Seperti di Venice, London, untuk lihat seni beni ketamadunan Eropah, dan kehalusan kesenian binaan. 

      3. Lesure

Ini kami masing-masing pilih tempat keinginan masing-masing untuk dilawati, ada yang nak ke stadium(Old Trafford, Anfield), ada yang nak ke tempat intelektual( Cambridge) ada yang nak ke kilang pembuatan dan lain-lain.

Kami buat begini kerana nak semua rasai kepuasan travel pergi ke tempat yang diingini. 

Untuk persiapan Fizikal, tak dapat tidak kena charge stamina, sebab kat sana kami memang akan banyak jalan kaki dengan beban 10kg beg atas belakang badan. Aku memang yg jenis stamina kurang, aku cuba recharge dengan senaman, naik turun tangga, dan banyak berjalan. Walaupun agak susah nak disiplin dan konsisten, harap persediaan ini memadai. 

Dan..hingga hari terakhir sebelum berlepas esok, ditakdirkan aku dihinggapi selsema dan batuk, badan pun agak panas. Semoga badan aku cepat sembuh dan bersiap siapa untuk travel.

Yuk!! Semangat!!
Doakan perjalanan kami selamat pergi dan selamat sampai!! 

9/2/20
Bait Darrosah,
Cairo.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari