Backpackers Azhari: Catitan 1


[Day 1]
|10 Feb 20|
3.20 am: Flight Departured!

4.10 am: Flight merentasi lautan, tampak puluhan boat bercahaya di atas permukaan laut. Cantik. 

5.18 am: Sampai di Malta Airport

6.00 am: Solat subuh di Multi-faith Prayer Room. 

Beberapa info negara Malta:
  1. Populasi rakyat lebih kurang 500k sahaja.
  2. Bahasa english sebagai bahasa rasmi, cuma mereka juga ada bahasa tersendiri, dan ada askara huruf yg berbeza dengan english.
  3. Terdapat peratusan yang kecil komuniti Muslim di sini.

9.18 am: Bergerak ke Valletta dengan menaiki Bas X4 dengan harga 1.5 €.
Valletta sebuah bandar klasik kesan pengaruh Inggeris dan Italy. Kami berjalan sepanjang Commonwealth Walkway, bangunan vintage sangat memukau, dan lorong antara kedai yang cantik. 

10.45 am: Kembali ke Airport.

12.35 am: Bertolak ke Milan, Italy. Duduk seat sebelah tingkap, bersebelahan pasangan 40-an. 

3.00 pm: Sampai ke Linate Airport, Milan. 

Kami perlu cari bas ke Doumo, ada sorang pakcik Italiano baik hati bantu kami beli tiket bas. Makaseh pakcik!!
Harga tiket 1.5 € seorang. Sepanjang perjalanan naik bas, dapat lihat suasana bandar Milan, bandar yang cantik, dalam bas dengar mereka bertutur bahasa Italy. Best!

4.00 pm: Setiba di Doumo, sebelum turun ke subway untuk ke Lapognano(sebutan: Lapungniano), sempat bergambar di bangunan gereja terbesar di Italy Doumo li Leonardo. Keunikan ukiran, dan seni di dinding sangat mengujakanku. Di situ, tempat tarikan pelancong pelbagai negara bergambar, dan beriadah. 

4.15 pm: Ambil Metro ke Lapognano. Harga tiket 2€. 

5.15 pm: Sampai di stesen Lapognano, kami cari tiket bas ke Interlaken. Malangnya tiket yang ada hanya pada hari khamis. Jadi, kami plan terus ke Zurich( ibu negara Swiss) untuk berehat di sana. Harga tiket 21€ jam 7 malam. 

Dalam masa dua jam itu, kami isi dengan solat dan makan. Tak semudah yang dijangka, air yang terhad dan udara yang sejuk, kami ambil wuduk yang wajib menggunakan spray air. Untuk solat, kami cari port belakang kedai, bentangkan plastik hitam sebagai alas sujud. 

Masa berbaki untuk makan, indomie jadi santapan. Abam pekerja cafe tu sangat baik hati, dia belanja air panas untuk masak indomie, siap tolong basuhkan bekas. Makaseh!!
Masa makan indomie perisa ayam tu, rasa nikmat sungguh...Dalam suasana kesejukan, di negara orang, bekalan maknan terhad, rasa bersyukur dengan apa yang ada, setiap hirupan kuah indomie rasa lazat..ya Rabb!

7.00 pm: Selesai makan, bersiap untuk naik bas ke Zurich.

10.00 pm: Tiba di Bus stop Zurich. Disebabkan tempat yang kecil, dan angin sejuk kuat, kami decide untuk ke SBB stesen untuk berehat di sana. Malangnya lagi, tempat tu tak buka 24 jam. Pengawai polis yang jaga di situ minta untuk kami beredar kerana akan ditutup jam 2 pagi. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari