Catitan 6

[15/2/2020]
|Day 6|

6.00 am: Salah seorang daripada kami terjaga dari tidur, rupa-rupanya bas kami terlepas satu stesen, kami sekarang berada di  Huddenborf  kira-kira 30 km dari Leverkusen(tengok google map), lantas aku terus bertanya kepada driver macam mana nak ke sana balik, dia kata boleh turun kat stesen depan, ambil train ke Leverkusen. 

6.30 am: Kami berjalan ke Huddenborf Main Station. Di sini kami plan balik perjalanan untuk hari ini. 
3 tempat yang akan kami singgah dan kesemua berdekatan antara satu sama lain:
  1. Cologne(sebutan Kolon) Cathedral.
  2. Huhenzelorren Bridge
  3. Cologne Oldtown
Sebelum kami bergerak ke Cologne Makn Station, kami beli tiket untuk next trip iaitu dari Cologne ke Amsterdam berharga 32 € seorang. 

9.30 am: Untuk bergerak ke Cologne, kamk tak pakai tiket one-day-pass sebab agak merugikan, kerana kami tak pakai full day dan tak banyak pakai transport, hanya berjalan sahaja. 

10.30 am: Sampai di Cologne Station, kami perlu satu stesen iaitu Mathedral Station untuk ke destinansi. 

11.00 am: Setiba di stesen dan naik ke atas, aku terpegun melihat gereja besar depan mata, lagi besar dari gereja-gereja sebelum ni. Itulah Cologne Cathedral. Gereja ini dibina berkonsepkan Gothic, iaitu dinding bangunan dipenuhi ukiran makhluk halus dan binatang, ada serigala, naga, singa, harimau helang, juga hobbit sebagai suatu kepercayaan mengusir pengaruh jahat dari bangunan itu.

Kemudian kami ke Hohenzoleren Bridge atau lebih dikenali sebagai Love Lock Bridge, di sini memang terkenal dgn tempat mangga(pedal ayam) pelbagai warna, bentuk, saiz ditulis di atasnya nama pemilii dan pasangan lalu dikuncikan di situ, kalau dari pemandangan nampak agak rare, entah begitu orang barat percaya akan keutuhan cinta, atau mungkin saja sebagai suatu perlambangan cinta lalu diabadikan di sebuah jambatan(?) atau juga hany suka-suka. Entah lah..

Kami terus bergerak ke Oldtown, di sini banyak bangunan lama berkonsepkan vintage, banyak kedai makanan di sini, dan kedai jualan barangan murah. 
Dalam perjalanan ke sana, kami terserempak dengan crowd yang tengah saksikan pertunjukan freeshow oleh seorang komedian. Beragam aksi kelakar dia buat, hanya mengunakan sound speaker dan beberapa alatan lain. Saya akui metode komedinya agak lain dari yang lain. Hadirin yang melihat juga terhibur dan bertepuk tangan melihat gelagat si pengkomedi. 
Di sini aku nampak, begitu survivenya orang nak cari makan, dengan apa cara sekalipun antaranya dengan berkomedi dan buat persembahan umum sebegitu, dan jika perform dan disukai ramai, maka pulangan juga akan lumayan. 
Ia juga menjadi hiburan untuk pelawat yang bersiar-siar di kawasan itu, setelah penat bekerja, lepak di kawasan taman, dan ada persembahan begitu, itu sudah cukup baik. 

Hampir 40 minit freeshow kami bergerak ke salah satu tempat jualan barangan murah iaitu Primark Outlet. Ada barangan yang dijual dengan harga 1€ sahaja. 

6.30 pm: Selesai shoping kami bergerak ke Cologne Station untuk ambil bas ke Amsterdam malam ni pada jam 11.30 malam. 

8.30 pm: Aku minta air panas dari kedai-kedai berhampiran untuk masak indomie sebagai alas perut. 

11.30 pm: Bergerak ke Amsterdam menaiki Flixbus.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari