Catitan 7


[15 Feb 2020]
| Day 7|

7.15 am: Tiba di Amsterdam Main Station, turun saja dari bas, angin bertiup membantai tubuh kami, terhuyung-hayang dibuatnya, dengan menanggung kurang-kurang 10kg atas belakang, mahu terbalik juga masa tu.

8.00 am: Sampai di kaunter, tanpa buang masa kami bertanyakan jika ada one-day-pass sepertimana di German, cuma hanya ada untuk single tak ada untuk group traveller, berharga 17€ seorang selama 24 jam. Kami decide stay di station hingga jam 10, jadi boleh pakai untuk 10 pagi esok untuk bergerak ke Rotterdam.

Selama dua jam agak pishang, lepak atas lantai sejuk memandangkang tiada kerusi untuk duduk. Cuma nasib baik ada free, terubat sikit kepishangan tu.

Masa kami berehat itu, kami sempat berkenalan dengan sorang solo backpackers dari Singapore, patut perasan muka kemelayuan sikit, kami pun berborak dalam bahasa melayu rojak english sikit-sikit. 
Imran baru berumur 26 tahun, kerja Kelasi Kapal Laut, katanya dia kerja atas laut selama 4-5 bulan, cuti 3 bulan, dia akan travel seluruh dunia. Ketika ini, Imran dah pun nak tamatkan trip travel selama 3 bulan. Trip kali ini, Imran travel dari negara-negara Asia, terus ke Rusia, France dan berakhir di Amsterdam, tanpa menaiki flight, hanya bas dan train. Dan dia gitau perbelanjaan setakat ini di target bawah 3000 usd. 
Imran sempat beri nasihat, tips and trick sepanjang ke Paris nanti, antara dia tekankan berjaga dengan pickpocker yang sangat pro terutama di London dan Paris. Sebelum, semasa, dan selepas guna public transport pastikan check 3 benda ini iaitu:
  1. Passport(ibarat nyawa, tiket keluar masuk negara)
  2. Dompet(wang, kad,)
  3. Phone(contact)

10.30 am: Lepas bersalaman, kami teruskan perjalanan, first ke kaunter untuk beli tiket one-day-pass. Namun kali ini makcik lain pula yang jaga kaunter, katanya tiket tu hanya valid sampai jam 4 pagi esok saja bukan 24 jam yang kami faham, jadi agak rugi beli berbanding tiket sehala yang lebih murah. Jadi kami pun beli tiket sehala ke Haarlem, langsung ke Noordjwik lokasi hotel kami berada. 

11.30 am: Naik ke platform route Saseinheim. Ketika ini hujan mula turun dengan lebat. 

12.00 am: Dalam setengah jam kami tunggu train, datang sorang officer bertanyakan destinasi kami, kami jawab ke Saseinham, dia katakan sistem sekarang tengah breakdown, train dibatalkan sebab cuaca yang agak buruk, jadi dia bawak kembali ke stesen utama, dan dia akan beri isyarat bila kami akan gerak semula. 
Tak lama lepas tu dia bagi instruction ke Zeid Amsterdam kemudian ke Airport Schopol untuk ambil train ke Saseinham. 

12.30 pm: Kami bergerak ke Zeid Amsterdam, sampai di sana, sorang officer pulak bagi  inform train ke Airport dibatalkan, ke tukar platform seberang route ke Central Station dan di sana terus ke Airport. Masa tu rasa mcm harini kena terciduk lagi ni, dengan angin kuat, dan hujan lebat, kami redah ke seberang. 10 minit tunggu, datang train ke Central. 

1.00 pm: Sampai ke Central Station, station agak padat dengan orang, kami kena ke stesen utama untuk ambil train ke Airport. Sama jugak kami redah hujan lebat, basah kuyup, tambah kesejukan hingga ke tulang. 
Tiba di kaunter, nampaknya nasib masih kurang baik, officer di situ pula kata tiada train ke airport dari sini. Bila kami kata nak ke Saseinhem, officer tu bagi instruction untuk kami kembali ke Main Station(tempt asal kami tadi) baru dari situ ke Saseinhem. Pakat2 tepuk dahi, bermakna kena ke stesen awal tadi, dan sistem mungkin dah elok. 

Masa tu kami dah mcm nak give up untuk ke Haarlem dan ke hotel, memandangkan perjalanan agak jauh, dan tak tentu lagi kami akan bertukar train lagi atau tak, dan tak tau nak sampai pukul berapa ke hotel. Kami sepakat untuk cari hotel sekitar Amsterdam dan esok terus gerak ke Rotterdam untk amik bas ke Belgium. 
Lagipun kami tak boleh keluar sebab cuaca tak mengizinkan. 

Bilamana cari hotel, yang paling murah Meineger hotel berdekatan dengan Main Station, jadi kami keluar ambil angin basah Amsterdam dan beli keychain mana yang sempat. 

3.30 pm: Tiba di Main Station, hujan masih lebat, angin masih kencang, kami redah lagi untuk ke Meineger hotel. Setiba di hotel, dengan harapan yang besar untuk dapatkan hotel punah, kerana tempahan penuh, kami terciduk kuasa dua. Semangat down terus. 
Dalam pada itu, ada bagi cadangan untuk teruskan perjalanan cari hotel di Noordwijk yang terletak lebih kurang 30km dari sini. 

4.00 pm: Kami revive kembali semangat, teruskan langkah, dapatkan train ke Saseinham. 

4.45pm:  Sampai di Sasenhaim, hari dah mula gelap, angin mendung kelabu berarak bawak hujan, kami terus berjalan ke bus stop tanpa bumbung. Signboard digital tertera next bus ke Noordwijk dalam 20 minit lagi. Masing-masing berdiri dalam hujan, ternampak Mcd terletak 100m dari bus stop. Kami decide untuk lepas di Mcd sementara tunggu bas datang. 

5.00 pm: Kami order kopi ekspreso berharga 1€ minuman paling murah kami boleh dapatkan. 

5.20 pm: Kami berlari ke bus stop, nasib baik kami sampai bas belum bertolak. Kami terus naik dan bayar tiket. Perjalanan mengambil masa dalam 40 minit, akhirnya sampai juga ke hotel. Credit kepada driver yang baik hantar kami ke depan pintu hotel memandangkan kami penumpang terakhir. 

6.00 pm: Tiba di hotel yang selama dicari bernama Flying Pig Hotel (nama agak lucu) tapi itulah hostel paling murah sekitar Amsterdam, hanya 10€ untuk satu malam. 
Tapi yelah bila masuk hostel tu, environment agak tak menyenangkan, ada bar, gambar khinzir bersayap di mana-mana. Tapi kami rabunkan mata saja. 
Kami ditempatkan di dorm bersama staff di basement sebab kalau bilik lain kami akan berpecah 2-3, jadi kami pilih untuk duduk sekali. 
Katilnya walaupun tak betul selesa, rasa dah besar nikmat kami ada tempat untuk tidur malam ini. 

9.00 pm: Lepas bersiap dan makan malam, semua merebahkan badan berehat. Tidur yang sangat puas walaupun perjalanan harini agak mengecewakan. Berharap untuk suatu yang lebih baik esok. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari