Bunda-bundaku



Sepanjang perkarangan hidupku, aku diberi peluang bertemu ibu-ibu yang rapat dan ambil berat kepada ku walaupun tidak berstatus anak kandung. Mereka adalah watak yang banyak memberi kesan kepada diriku. Di saat aku jauh dari keluarga, mereka lah yang mengisi kasih memeri sayang, hingga aku tak terasa asing di tempat orang. 

Bermula di alam kanak-kanak, aku dibesarkan dalam asuhan mak asuhanku, namanya Saniah. Aku panggilnya Mak. Suaminya ku panggil Ayah. Selepas saja berpantang, aku dihantar ibuku ke dakapan Mak, Mak ambil aku dalam masa yang sama mengasuh dua orang budak. Di rumah kecil di perumahan Taman Seri Kulim, aku diasuh dibesarkan dengan nilai agama, Mak seorang ustazah, boleh katakan aku dapat didikan agama, tarbiah, baca al-quran, baca doa dengan Mak. Aku ingat lagi, setiap malam, sebelum tidur, Mak akan baca ayat penawar hati, dan urut dada dan unbunku, kini aku sedar itu mungkin berkat Mak hingga terjadinya aku sekarang. 

Namun..kehidupan Mak tak indah, Ayah seorang perokok tegar, boleh katakan boleh habis 2-3 kotak sehari, juga ada masalah untuk solat. Dah suami sebegitu, diuji pula anak kandung yang derhaka, penagih ganja dan suka berjoli, selalu minta duit, kekadang terajang pintu, hempas barang semata nak duit. Demi sayangkan anak, Mak dan Ayah pergilah mengemis berhutang dengan orang semata nak penuhi kehendak si anak. Sampai orang kampung kenal keluarga Mak ngn Ayah suka berhutang dan sayang anak terlebih. 

Aku? Ya aku lihat semuanya..aku dengar segala maki hina si anak pada Mak, aku dengar cerca Ayah pada Mak, tapi Aku lihat Mak tetap tenang dan sabar layan kerenah mereka. Aku sentiasa ada dengan Mak, Mak selalu luahkan pada aku bagaimana ujian Allah sungguh kuat kepadanya. Mak menangis, aku turut menangis. Mak kata hanya aku seorang yang betul Mak sayang dalam dunia ini. Tak ada orang lain. Berderai lagi air mataku membasahi pipi. 

Meningkat dewasa ke alam sekolah menengah, aku banyak di asrama, dah kurang ke rumah Mak, tapi bila saja cuti aku akan pasti ziarah Mak. Setiap kali saja sampai di rumah, Mak terus peluk aku, cium pipiku berkali-kali, aku pun cium dahi Mak, rindu berpisah lama. Aku ingat lagi, Mak suka masak kat aku Nasi Goreng Putih, dengan Pek Nga, aku tau Mak tak berduit, tapi Mak usaha untuk sediakan makanan kepadaku, suap ke mulutku macam aku kecil dulu, tampak jelas wajah bahagia tika aku berada bersamanya. 

(..sebak..T.T) 

Begitu aturan Allah, tahun 2010, aku ditakdirkan pulang balik kampung dari asrama, dapat khabar dari family Mak dipanggil Allah mengadapNya. Mak terlantar lama di Hospital sebab sakit kencing manis. Saat itu, mahu tercabut nyawaku, pertama kali aku merasa kehilangan yang besar dalam hidupku. Berjurai air mata tanpa tertahan. Mak dah takda. 
Aku sempat melihat jenazah Mak, wajah suci bersih, tersenyum. Aku tenang lihat Mak. 

Mak..berehatlah..Mak dah kuat melawan dugaaan dunia, 
Mak..walaupun hampir 10 tahun kita berpisah.. hakim selalu ingat kat Mak..Kalau Mak ada sekarang mesti Mak bangga Hakim sekarang belajar kat al-Azhar, Ingat lagi Mak pesan dulu..belajaq sungguh-sungguh agama, kalau boleh sampai Mesir..

Mak..Hakim sayang Mak..T.T

(Sedekahkan al-Fatihah Arwah Saniah binti Ariffin)

2/2/20
Asrama Wilayah,
Cairo.

bersambung..



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari