Catitan 4



[13 Feb 2020]
|Day4|
1.00 am: Kami terpaksa keluar dari bangunan kerana ditutup jam 1 pagi. 
-Semasa ini kami ada dua pilihan, samada stay di Bus Station atau ke Train Station. Ikut nasihat dari Weils(roommate kami di Balmers) lebih baik ke train station, lebih selesa dan kurang sejuk. Tetapi masa tu kami masih taradud mengenangkan train station di Zurich juga ditutup waktu sebegini, kalau pergi dan tutup, letih saja, jdi kami decide untk stay di bawah bangunan tempat tunggu bas.
1.30 am: Malam ni malam yang sangat perit buat kami, kami terpaksa menahan sejuk 3 drjah celcius sehingga subuh kira-kira jam 6 pagi. 
-Hampir beku kaki aku dibuatnya, aku sarungkan sehelai lagi stokin untuk kurangkan sejuk kat kaki, ambil ridak balut badan. Macam-macam tektik kami buat untuk panaskan badan, ada yang berjoging, ada bakar tisu, ada yang sampai tidur dalam lif!!(itu aku..haha >0<)
5.00 am: Akibat tak tahan sangat, kami decide jalan perlahan-lahan ke hotel yang lebih kurang 500 m dari stesen yang kami stay sekarang. Kami pun mula berjalan mengikut google map. 

5.15 am: Setiba di hotel, kami lega dapat letakkan badan sebentar di kusyen di lobi yang hangat. Namun, nasib belum menyebelahi kami, rupa-rupanya tersilap hotel..Oh..no...T.T. Meneinger Hotel yang kami tempah itu di cawangan yang lain, bukan di sini, lokasinya lebih kurang 5-7 km lagi dari sini, abang kaunter tu kata kalau naik teksi pun setengah jam. 
Kami tanyakan ada tak public transport untuk ke sana. Di sini, mungkin ada hikmah kami tersilap hotel, dengan itu, abang tu berikan kad one day pass untuk satu group hanya 14€ boleh naik apa saja jenis transport ( train, metro, tram, bas) dan kemana saja yang dituju, cuma tamat pada keesokan hari. 
Literally, one day pass ini menyelamatkan banyak duit kami sepanjang bergerak di Munich.
Semua pakat semangat balik, kata kami kita manfaatkan betul pass ni pusing munich. Nak dijadikan cerita memang pusing betul, kami sesat banyak kali, bertukar-tukar train, metro, naik turun stesen. Daripada gelap sampai last sekali kami naik untuk amik tram di atas, hari dah cerah! 
Jika diikutkan untuk ke hotel ikut panduan bro tadi hanya setengah jam saja, tapi akibat kedegilan dan exited ditambah pula sesat, hampir sejam setengah kami dalam train saja. 

9.00 am: Sampai di Meineger hotel, kami berehat sebentar untuk susun jadual perjalanan harini sebelum check in jam 3 petang. Akak kaunter tu kata kami boleh simpan beg di locker dan boleh keluar. Kami ambik satu locker besar dan satu locker kecil untuk 6 jam berharga 6€. 

10.00 am: Hari ini kami hanya ke dua destinasi sahaja:
  1. Allianz Arena
  2. BMW Museum
Kami bergerak menggunakan pass yang ada. 
-Boleh dikatakan sistem pengangkutan di sekitar Munich ini sangat efisien dan memudahkan, lagi menjimatkan. Tak ada gate scan tiket sebelum masuk platform, orang sini hanya beli pass atau beli online, memang sepanjang kami naik tak da pun officer yang check tiket. Kat sini nampak kalau tak beli tiket pun masih boleh naik transport. 
Tapi jika kantoi tak ada tiket bila diperiksa, kena denda 60€ seorang! Jadi itu saja peraturan yang perlu dipatuhi. 
-Satu lagi, train di sini agak unik sikit, yang mana pintu train kena bukak sendiri, dan konsep train pun mcm klasik. Ada sorang kawan cakap “Dah naik free..pintu bukak sendiri lahh..”

2.30 pm: Setelah berjalan dan melawat dua tempat saja sudah meletihkan. Kami pun bergerak pulang ke hotel. 

3.30 pm: Sampai di hotel, ambil beg di locker dan terus check in. 
-Bilik hotel agak besar, ada guest kitchen, ada laundry room sudah buatkan kami selesa di sini. 
-Masing-masing buat urusan, mandi, kemas, dan bersiap makan. 
-Malam ni aku masak baki pasta yang ada dengan mushroom sup kepunyaan kawan. Dapur di sini walau tak seelok Balmers, tapi masih ok. 

5.30 pm: Selesai makan dan solat, bersiap tidur. 

Bersambung..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari