Pre-Travel 1 (Cetusan)

Aku mulakan nukilan berkenaan permusafiranku ke tanah Eropah dengan berkongsi beberapa persiapan mental, fizikal, juga material sebelum menjengah ke tanggal 10 Februari. 

Tiga bulan sebelum tarikh ini, iaitu bulan November 2019, aku dan kawan-kawan Beit Ruwaq Filfilani berborak-canda sambil mengesek skrin fon masing-masing untuk seekor ‘chicken dinner’, salah seorang mengusulkan satu persoalan cliche: 
“Weh..kita tak pi mana-mana ka cuti winter ni??”
Masing-masing termenung memandangkan keempat-empat kami di tahun akhir, dan lansung tak pernah menjejakkan kaki ke luar Kaherah untuk bercuti, waimma Sinai, Dahab, Matruh Siwa dan lain-lain tempat. Jadi kami tekad, apa-apa pun plan kali ni mesti jadi! 
Saat itu kami mula atur langkah untuk masing-masing merealisasikan hasrat ke tempat yg jauh terus dari Kaherah, dan mengecap pengalaman baharu. 

Yeah..Europe!!
Dan..kita backpackers!

Kami sepakat sebulat suara.

It’s now or never!

Kami mula cari tiket flight paling murah, sebab selalunya budget travel akan tinggi untuk flight. Cari punya cari, dapat harga rm900 Malta Airlines, turun Italy, return 10 hingga 28 Februari. Ini dah cukup baik, harga tiket bawah rm1k tu dah cut perbelanjaan. 

Selama sebulan, kami plan trip, dah alang-alang berjalan, biar puas. So, kami target sekurang-kurang dapat merasa Eropah Barat, 7 negara ( Italy-Swiss-German-Netherland-Belgium-UK-France)

Siapkan itinerary dan prepared untuk exam Semester pertama.

Bersambung..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dirgahayu NegaraKu

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Isolasi