Romantisme Santri Azhar


“Wah..ustaz balik dari Mesir kan..mesti alim ni..”

“Jangan main-main dengan ustaz ni..keluaran Azhar kot..tinggi ilmu..”

“ Tengok ustazah tu..belajar kat Azhar..negara Arab..mesti fluent cakap arab...bestnyee..”

Sahabat-sahabat,
Dialog-dialog ni sebenarnya dah lama basi, kita saja masih berangan, berkhayal, berromantisme bahawa kita adalah insan yang ditunggu-tunggu oleh orang kampung, balik kampung nanti orang akan pandang tinggi pada produk azhar. 

Tidak...tuan-tuan, tidak..!

Realiti sekarang dah terbalik 180 darjah, kenyataan ini patut ditelan oleh kita semua santri azhari. Saya mula perasan perkara ini bila mana sepulangnya saya balik bercuti ke Malaysia dua tahun lepas. 

Nak tahu tak? Orang Malaysia sekarang dah pandang leceh orang yang balik azhar, dari orang akademik hingga ke peringkat pakcik makcik di kampung. Perkara ini lebih jelas di kawasan bandar, terutama di bahagian pantai barat dan kawasan elit. 

Mereka dah sifatkan pelajar balik azhar:
1- Pemalas, kaki ponteng kelas, kuat tidur.
2- Pasif, kerja tak tersusun, mandom.
3- Kuat politik, asobiah
4- Low class minded.
5- Tak berkemampuan cakap arab(lagi leceh duk negara arab tak pandai arab)
6- Tak kuasai ilmu, bila ditanya soalan tak beri jawapan yang meyakinkan.

Dan banyak lagi..persepsi negetif orang Malaysia kepada produk azhar. 
Ya, kita boleh defend..tak semua macam tu..saya okey ja..
Itu namanya persepsi..atas salah kita semua juga..semua yang membawa nama al-azhar.

Dan untuk makluman tambahan sahabat-sahabat, bila saya buat sedikit kaji selidik, walaupun istiqra’ naqis, selepas bertanya juga orang kampung, beberapa pensyarah, dan kawan-kawan di Uni Malaysia, jika mereka rangking kan pelajar al-Azhar di tempat ke berapa. 

  1. Madinah
  2. Jordan
  3. Morocco
  4. UIA
  5. Mesir

Info ini juga saya dapat dari para interviewer ketika menemuramah para lepasan pengajian Islam untuk diterima bekerja di tempat mereka.

Jangan tanya kenapa, bagaiamana rangking ini boleh seperti itu. 

It’s all about perseption! Maka tugas kita adalah ubah diri kita, untuk ubah persepsi masyarakat kepada kita.

Fikir-fikirkan dan berhenti dari lamunan romantisme kalian!!

5/2/20
Darrosah,
Cairo

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari