Pre-Travel 2 (Materi)



Seusai tamat exam, disambung pula dengan program Wise Fokus, aku ada masa 10 hari saja lagi untuk buat persiapan materi, dan beli barangan keperluan untuk travel. Disebabkan kali pertama, aku rujuk sahabat-sahabat yang berpengalaman travel, tanyakan tips dan tricks. 
Alhamdulillah.. ada saja yang datang membantu, pinjamkan barang, dan beri saranan apa yang perlu aku buat sepanjang berada 18 hari di sana. 

Aku bahagikan persiapan materi kepada tiga:
  1. Pakaian
  2. Makanan
  3. Features 
Perkara pertama yang aku beli adalah buku nota, saiznya kecil tapak tangan, untuk aku catit segala perancangan dan barang yang perlu dibeli. 





Beg travel bersaiz 10L, dan kasut winter aku pinjam dengan beberapa orang rakan, seterusnya barangan yang lain aku beli sendiri, boleh katakan, dua tiga kali aku ke Downtown Attaba untuk beli barang, makanan, juga kelengkapan lain.

Bab makanan, kami berpakat kongsi duit untuk beli indomie, dan beli tupperware untuk sediakan mee segera. 10 bungkus untuk setiap orang. Aku tambah bekal makananku dengan roti, pasta, dan sosej. 


Harap-harap ia mencukupi sekurangnya dapat kurangkan kos perbelanjaan semasa travel, dan alas perut semasa di sana. 

Lepas segala keperluan dibeli dan dipersiapkan, masa untuk susun segala barang dalam beg. Aku catitkan dalam notebook untuk check-in barang, dan ilustrasikan posisi setiap barang dalam beg, untuk memudahkan pencarian barang kelak.

Segala persiapan materi sudah dilunaskan, bergerak pula kepada persiapan mental dan fizikal!

bersambung...


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari